Tujuh tips untuk anak-anak menghafal Al-Quran.
Pertama: mulakan dengan yang halal. Pastikan apa yang masuk dalam tubuh anak anda haruslah dari sumber dan makanan yang bersifat halal.
Kedua, cari cara yang unik untuk curi perhatian mereka dengan menggunakan pelbagai cara unik dan kreatif yang anda boleh dapati hanya di hujung jari.
Ketiga, masa; dedikasikan masa 15 ke 20 minit setiap hari untuk menghafaz Al-Quran bersama anak-anak anda.
Keempat, pilih tempat dan suasana yang sunyi atau terpencil yang tidak mempunyai sebarang gangguan.
Kelima, konsisten mengikut jadual kerana seseorang yang berjaya akan melakukan sesuatu secara tekun atau konsisten.
Keenam, motivasikan anak anda. Gunakan kaedah motivasi yang dapat melibatkan anak-anak berminat untuk meneruskan menghafal Al-Quran.
Ketujuh, baca dalam solat. Amalkan setiap kali anak itu telah menghafaz ayat, surah atau juzu' tertentu, bacalah ayat, surah atau juzu' tersebut dalam solat supaya mereka dapat mempraktikkannya.
Selamat beramal!