Thursday 31 March 2016

TIP KETIKA INGIN BERCUTI KE LUAR NEGARA - INFO BERGUNA

29 Tips Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara Yang Perlu Anda Tahu . Panjangkan tips yang akan saya tulis pada post kali ini ?Sebelum bercuti atau melancong  ke luar negara banyak yang perlu di lakukan. Maklumlah bukan senang nak tinggalkan rumah lama-lama. Kalau dekat tak apa sebab kita masih boleh drive dan balik.
Antara yang selalu saya buat sebelum melancong ke luar negara ada lebih kurang  macam di bawah ni :
1.Bayar segala bil eletrik, air, talipon dan semua bayaran ansuran bulanan yang telah sampai di tangan kita. Bila dah bayar semua ni baru dapat berjalan tanpa risau fikirkan segala macam bil yang tertunggak.
2.Tempah  tiket penerbangan seawal 6 bulan supaya dapat lebih jimat. Lagi awal lagi bagus sebab kita tak tergesa-gesa dan boleh window shopping tengok harga tiket.
3.Jika bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler,sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan.Nak murah beli saja pakaian musim sejuk terpakai atau bundle dan sampai di sana boleh shopping yang baru.
Badan, kaki, tangan sampai kepala kena hangat .Kalau pakai tudung memang ia sangat membantu sebab leher kita pun memang dah terlindung dari angin sejuk.Badan yang sejuk akan mengganggu mood bercuti.Lain-lain seperti penutup telinga dan heat pack ( di letak dalam poket baju untuk panaskan tapak tangan ) juga kalau ada bawa je.
4.Pakai boot jika ada atau kasut yang tapaknya berbunga jika negara bersalji .Kasut begini mengurangkan risiko terjatuh akibat jalan yang licin. Kos rawatan di luar negara mungkin tak sama atau lebih mahal. Beringat sebelum kena kerana tak seronok cuti masuk hospital.Mengambil insurans perjalanan adalah lebih baik malah premiumnya tidaklah mahal sangat pun.
5.Bawa adaptor dan plug international.Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita. Sesetengah handphone dan kamera terutama semasa musim sejuk akan cepat baterinya mati. Kadang-kadang semalaman caj bateri pun sekejap dah tinggal satu bar aje.Bercuti dan tak dapat merakam gambar-gambar kenangan memang menghampakan.
6.Cetak e-tiket penerbangan anda jika beli secara online.Mungkin dah save dalam handphone tapi macam macam boleh berlaku seperti handphone rosak , kena rampas waktu di pintu masuk, bateri handphone habis dan peraturan imigresen negara luar yang masih mahu melihat tiket perjalanan anda.Jangan susahkan diri kita dengan sesuatu yang menjadi peraturan yang memang kita sepatutnya dah tahu.
7.Sediakan itinerari sebelum melancong ke luar negara .Ia melancarkan program percutian kerana kita tahu ke mana kita nak pergi sepanjang berada di sana.Itinerari juga  sangat membantu mempercepatkan proses kita bersoal jawab dengan imigresen . Jangan cuai di sini sebab kalau silap jawab kita mungkin akan tersangkut berjam-jam di depan pintu masuk atau di lihat seperti seorang penjenayah.
8.Cetak slip tempahan hotel, tiket bus, keretapi ,tiket amusement park atau apa saja  tiket yang di beli secara online. Jika anda terlupa mencetak kos mencetak dokumen tersebut walaupun sekeping di lapangan terbang sangat mahal. Slip tempahan ini selalu di tanya oleh pegawai imigresen yang was was jika anda datang untuk bukan tujuan melancong.
9.Tulis nombor talipon  kedutaan malaysia di negara kita bercuti.Mereka penting jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Simpan nombor ini di handphone dan juga buku nota kecil.
10.Jika anda memang memakai cermin mata bawa cermin mata walaupun anda rancang memakai kanta pelekap .Cuaca terlampau sejuk boleh menyebabkan mata jadi kering dan kita akan rasa tidak selesa.
11.Simpan ubat dalam satu bekas dan labelkan.Lekatkan senarai ubat di bekas atau plastik tersebut dan hanya tunjuk jika di tanya pada pegawai imigresen.Ia memudahkan pegawai imigresen memeriksa kerana mereka juga mahu cepat . Selalunya mereka juga akan bertanya samada kita nak declare apa-apa. Tidak perlu sorok apa-apa kerana ia hanya menyebabkan mereka rasa was-was dengan anda.
12.Bawa bekalan makanan yang mencukupi walaupun anda merancang makan di luar.Tidak semua kedai makanan halal senang di dapati di sesebuah negara.Jika ada sekalipun mungkin kedai tersebut tutup, jadual penerbangan berubah dan kita akan kelaparan sementara menunggu kedai makanan halal di buka semula.
13.Jimatkan ruang bagasi dengam membawa peralatan yang jenis multi purpose. Contohnya bawa sudu plastik seperti yang di beri peniaga makanan di gerai-gerai  sebab ringan dan boleh di buang jika tiada air untuk di cuci. Bekas Maggi Cup jangan di buang kerana ia boleh di jadikan sebagai gelas air atau pengganti bekas air.Bawa satu cukup untuk jimatkan ruang beg .Selebihnya bawa maggi yang berbungkus 4 segi dalam plastik.
14.Bawa botol air yang boleh di lipat ke mana sahaja.Botol ni sangat berguna untuk membersihkan diri kerana tandas luar negara rata rata jenis tandas kering.Jika tidak anda pasti rasa sukar kerana tiada paip air di sediakan di dalam bilik air.
15.Makanan seperti sambal goreng tahan lama .Oleh kerana ia berminyak, masukkan dalam peket plastik kecil yang boleh di gunakan untuk sekali makan.Cara begini kita  boleh agak baki makanan yang masih ada.Ia juga lebih praktikal jika kita akan pergi ke beberapa negara lain atau menetap di beberapa hotel atau penginapan.
16.Cecair yang melebihi 100 ml kebiasaannya akan di rampas jika anda membawanya ke dalam hand carry. Kita kadang-kadang terlupa dan  membawa air mineral, syampoo serta losyen di dalam hand carry. Sepatutnya barang seperti ini di letakkan di dalam luggage.Beli syampu dalam peket kecik kecik yang ada di jual di kedai runcit yang berharga 50 sen jika masih mahu masukkan dalam hand carry.Ia lebih praktikal.
17.Guna simkad negara yang kita lawati kerana ia lebih jimat dari roaming. Kos roaming sangat mahal dan akan pasti terperanjat bila melihat bill yang sampai walaupun berada di luar negara tak sampai seminggu. Wsap juga menguntungkan kerana kita boleh buat call dengan percuma . Menurut rakan-rakan saya negara  seperti Korea Selatan wifi ada di mana sahaja.
18.Pastikan anda membawa losyen pelembap kulit ketika musim sejuk sebab ia sangat penting tak kira anda lelaki atau perempuan. Kalau lelaki mungkin nampak macam mengada-ngada sebab kena pakai losyen tapi risiko kulit rasa gatal-gatal , merah-merah dan asyik nak menggaru akan buat kita rasa tak selesa.
Losyen minyak zaitun sangat efektif terutama jenama Minsyam dari Syiria. Hati-hati juga ye pernah terjadi pada kawan saya baru-baru ni  losyen minyak zaitun yang saya tak tau jenama apa bila sampai di sana ia jadi beku ketika musim sejuk he he.
19.Perbaharui passport anda di pejabat  imigresen jika tempoh sah passport kurang dari 6 bulan. Jangan renew passport pada saat saat akhir kerana kadangkala jika tak bernasib baik kita tak dapat nombor atau  sistem pengurusan pejabat imigresen tak dapat berfungsi. Nak renew passport sekarang hari sabtu dan ahad pun dah boleh di sesetengah tempat.
20.Periksa samada negara yang anda bakal pergi memerlukan visa.Tempoh permohonan visa dan tarikh sah laku juga perlu di lihat sebelum melakukan permohonan. Cetak borang permohonan visa mana-mana negara yang boleh di lakukan secara online. Ambil gambar terbaru jika perlu dan bawa lebih ketika ketika memohon.
21.Tukar duit atau matawang asing di pengurup wang sebelum berlepas.Elakkan menukar wang di bank atau di lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah.Ada di sesetengah negara yang kita boleh dapat tukaran wang yang lebih tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan kemudahan untuk menukar wang di negara tersebut. Sedikit matawang asing negara tersebut mesti di bawa bersama untuk mengelakkan kita menghadapi kesusahan menukar wang .
22.Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya satu jam sebelum check in. Kadang-kadang macam-macam boleh berlaku seperti  jalan sesak , tak dapat teksi atau kereta rosak sewaktu dalam perjalanan. Rancang pengangkutan yang betul ke lapangan terbang supaya kita tak terkejar-kejar jika ada barang penting yang tertinggal.
23.Bawa sekurang-kurangnya satu atau dua kad kredit atau kad debit sebagai back up. Ada masa salah satu kad tak dapat di gunakan atas masalah teknikal maka kad lagi satu ada sebagai ganti.Baca kepentingan membawa kad kredit ketika di luar negara di post saya yang terdahulu.
24.Aktifkan kad debit atau kad kredit dengan bank anda sebelum bercuti. Tak susah pun sebab hanya perlu call pihak bank dan maklumkan tarikh kita nak ke luar negara . Selalunya pihak bank akan aktifkan kad kredit atau kad debit kita sehari sebelum kita berlepas dan sehari selepas kita balik ke Malaysia.
Kita juga sebenarnya boleh mengaktifkan sendiri kad kredit atau kad debit menggunakan internet banking seperti di CIMB Clicks dan Maybank2u.
25.Periksa cuaca negara yang kita lawati jika negara tersebut mempunyai 4 musim. Lihat berapa suhu yang di jangkakan di laman web ramalan cuaca kerana ia memberikan kita signal berjaga-jaga.
26.Sebelum menempah tiket kapal terbang lihat samada negara yang anda lawati itu sedang di dalam tarikh cuti awam , cuti kemerdekaan atau apa-apa event yang mereka ada. Sebagai contoh jika kita ke Vietnam ketika hari kemerdekaan negara mereka sedangkan waktu itu kita mahu memborong pakaian.Kita rugi kerana kedai yang dibuka sangat kurang sebab peniaga masih bercuti dan jika ada sekalipin kita mungkin terpaksa membayar lebih kerana tidak banyak pilihan yang ada.... raya cina pun tak boleh ke sana, kerana banyak kedai2 tutup ....
27.Semak status perjalanan kita dengan imigresen sebelum ke mana-mana. Kalau ada hutang tertunggak dengan kerajaan cukai seperti cukai pendapatan atau PTPTN semak dulu di laman web imigresen.
28.Ketika di lapangan terbang, jangan sekali-kali meninggalkan bagasi kita tanpa sebarang pengawasan. Jangan juga kita terlalu baik hati memberi pertolongan menjaga beg orang lain yang tidak kita kenali kerana jika ada barang terlarang silap haribulan anda merengkok dalam penjara.
29.Sediakan duit secukupnya untuk sepanjang anda berada di luar negara samada di tangan atau di dalam akaun. Duit perbelanjaan keluarga dan kad ATM  juga harus di peruntukkan jika kita pergi bukan dengan famili.Bila kita tinggalkan keluarga dengan duit yang mencukupi hati kita rasa senang.
Kesemua 29 tips penting sebelum melancong di atas memang menjadi persediaan saya sebelum pergi bercuti ke mana-mana. Ia memudahkan kita memastikan semua perkara penting telah di lakukan supaya percutian  berjalan dengan lancar....





Wednesday 30 March 2016

SOLAT DI DALAM PESAWAT

SOALAN: Saya sering bermusafir ke luar negara sama ada atas sebab kerja mahupun melancong. Bolehkah ustaz terangkan cara yang benar untuk solat di dalam kapal terbang? Tentang perihal menghadap kiblat dan berdiri di dalamnya? 
JAWAPAN: Solat wajib didirikan bagi setiap Muslim walau dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali dengan keuzuran yang dibenarkan oleh syarak. Bagi seorang musafir dia boleh menunaikan solat jamak dan qasar sebelum dia berlepas. Namun sekiranya belum masuk waktu ketika dia ingin berlepas maka dia boleh menjamakkan solatnya pada waktu solat kedua yang sering kita istilahkan sebagai jamak ta’khir. Adapun jika ketika dia berlepas masih belum masuk waktu zohor misalnya dan kemudian  jarak tempoh masa penerbangannya  tiba akan melebihi waktu solat asar iaitu maghrib atau isyak. Maka dia perlu menganggarkan waktu (zohor atau asar) dan perlu melakukan solat jamak di dalam kapal terbang tersebut. 
Walaubagaimanapun jika dia berlepas sebelum maghrib dan dijangka tiba dalam waktu isyak maka dia boleh menunaikan solat secara jamak takhir iaitu setelah tiba di destinasi. Adapun pada solat subuh dia perlu solat seperti biasa kerana ia tidak termasuk dalam solat yang boleh dijamakkan. Bagaimana pula ingin mendirikannya? Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang boleh digunakan untuk mendirikan solat di dalam kapal terbang, bas, perahu, kapal selam, kapal laut, kapal angkasa dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Jabir r.a  bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke arah timur. Apabila hendak mengerjakan solat (wajib) Baginda turun dari tunggangannya dan solat menghadap ke arah kiblat.
Mengenai persoalan menghadap kiblat, terdapat dua pandangan penting. 
Pertama : Sekiranya mampu untuk menghadap kiblat  sebagai contoh ada tempat yang luas untuk melakukan solat secara sempurna maka wajib untuk menghadap kiblat.
Kedua : Jika tidak mampu untuk menghadap kiblat kerana tempat yang terlalu sempit maka gugur tuntutan menghadap kiblat dan dibolehkan untuk menghadap arah perjalanan kenderaan. 
Terakhirnya, adakah boleh solat dalam keadaan tidak berdiri? Umumnya adalah wajib untuk berdiri namun jika tidak mampu maka dibolehkan untuk dia bersolat dalam keadaan yang semampunya dia lakukan. Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w  : “Solatlah kamu dengan berdiri, jika kamu tidak mampu maka solatlah dengan duduk, jika kamu tidak mampu maka berbaringlah dengan mengiring.” (Riwayat Bukhari, Taqsir al-Solah no. 1117)



Monday 28 March 2016

Gerua - Shah Rukh Khan | Kajol | Dilwale / INDAH SUNGGUH CIPTAAN TUHAN

LAWATAN 4 HARI 3 MALAM ACEH - RM1390 SEORANG - CUTI SEKOLAH BULAN MEI 2016

HARI PERTAMA
BERKUMPUL DI KLIA 2
TIBA DI BANDARA SULTAN ISKANDA MUDA
AIRPORT TRANFER
MENIKMATI KOPI TRADISIONAL ACEH
MENAIKI FERI KE PULAU SABANG
CHECK IN HOTEL
MAKAN T.HARI  DI SEDIAKAN
MENIKMATI KEDAMAIAN BAYU DI KM NOL
XTVT PANTAI  DI PANTAI IBOEH ( SNOCKLING )
MENUJU KE PANTAI GAPANG & SUMUR TIGA
MELALUI PANTAI KASIH / PANTAI PARAGISO
MAKAN MALAM DI SEDIAKAN
KEMBALI DI HOTEL

HARI KE DUA
SELEPAS SARAPAN DI HOTEL
CHECK OUT
MELAWAT KILANG KUEH TRADISI ACEH
MEMBELI BELAH DI PASAR TRADISI
MAKAN SIANG DI SEDIAKAN
MENAIKI FERI MENUJU KE BANDAR ACEH
MELAWAT MASJID BAITULRAHIM
MELAWAT PLTD APUNG
MELALUI KUBURAN MASSAL KORBAN TSUNAMI 2004
MELAWAT KHERKOFF PEUCUT & MUZIUM TSUNAMI
CHECK IN HOTEL
REHAT
SOLAT MAGHRIB DI MASJID BAITULRAHMAN
MAKAN MALAM DI SEDIAKAN
KEMBALI KE HOTEL 

HARI KE TIGA
SARAPAN DI HOTEL
MENZIARAHI MAKAM SHEIKH ABDUL RAHMAN SINGKEL
MELAWAT KAPAL ATAS RUMAH
MELAWAT MUZIUM ACEH & RUMAH ACEH
MENZIARAHI MAKAM SULATAN ISKANDAR MUDA
MELAWAT TAMAN PUTROE PHANG & GUNUNGAN 
MELAWAT MASJID INDERAPURI
MELAWAT PERPUSTAKAAN TERTUA 
MAKAN T.HARI DI SEDIAKAN
XTVT SANTAI DI PANTAI LAMPUUK
MELALUI RUMAH CUT NYAK DIAN
MEMBELI BELAH DI PASAR ACEH
MAKAN MALAM DI SEDIAKAN
KEMBALI KE HOTEL

HARI KE EMPAT
SARAPAN DI HOTEL
XTVT BEBAS
CHECK OUT HOTEL
ZIARAH DAYAH - PESANTREN 
MELAWAT KAMPUNG LUBUK SUKON
PENGHANTARAN TETAMU KE AIRPORT
TAMAT

RM1390 SEORANG:
  1. TIKET PESAWAT PERGI BALIK
  2. PENGINAPAN 3 MALAM
  3. TRANPORT
  4. SUPIR
  5. TIKET LAWATAN
  6. PAKEJ MAKAN SEPERTI DI DALAM JADUAL
JIKA BERMINAT 
BERI NAMA PENUH & TARIKH LAHIR 
TRIP CUTI SEKOLAH BULAN MEI 2016
GROUP BUS
TERIMA KASIH

DENGAN KERJASAMA USTAZ AZRUL DARI FESTIVE TRAVEL SDN BHD 
TEMPAT DUDUK TERHAD... SESIAPA YANG BERMINAT SILA WASSAP SEGERA 01115202835 / 0125892188





Sunday 27 March 2016

LAWATAN 4 HARI 3 MALAM PADANG BUKIT TINGGI - KENANGAN MANIS 24-27HB MARCH 2016

DESTINASI PADANG BUKIT TINGGI INDONESIA
SELAIN PENINGGALAN KESAN SEJARAH
TERDAPAT BANYAK TEMPAT TEMPAT LAWATAN YANG MENARIK
LAIN DARI YANG LAIN... LAIN DARI BANDUNG, MEDAN, JAKARTA, LOMBOK, PALEMBANG DAN LAIN LAIN DAERAH DI INDONESIA

CARA PERCAKAPAN & DAILOG LEBIH MENYERUPAI ORANG NEGERI SEMBILAN
95% PENDUDUKNYA ADALAH TERDIRI DARI ORANG ISLAM
MASAKAN PADANG & MINANG
LEBIH KURANG MACAM MASAKAN ORANG NEGERI SEMBILAN
TAK RUGI RASANYA KE SANA

DENGAN TIKET PESAWAT YANG MURAH..
1 JAM DAH SAMPAI DARI KLIA2 KE AIRPORT MINANGKABAU PADANG

LAGI SATU BUAT SAYA TERTARIK KETIKA JALAN JALAN DI SINI
TELEKUNG & KAIN SULAM MEREKA LAIN & SANGAT HALUS BUATANNYA
HARGA SANGAT BERPATUTAN
PENGALAMAN SAYA KETIKA JALAN JALAN DI SANA
AGEN AKAN MEMBAWA KE TEMPAT2 BUTIK KAIN SULAM
MAHAL & SAYA CUMA CUCI MATA AJE
SAYA LEBIH SUKA MEMBELI DI DEPAN HOTEL...
BEGITU JUGA DI PASAR ATAS
JUALANNYA PUN SEKARANG SUDAH MAHAL...
DIA TAHU DI SANA RAMAI PELANCONG YANG MEMBELI
KERANA DI PASAR ATAS ADA JAM GADANG..
ANTARA TEMPAT LAWATAN YANG PALING DI MINATI
KETIKA BERADA DI BUKIT TINGGI
ANAK2 GADIS DI SINI DI AJAR MENJAHIT SEAWAL UMUR 5 TAHUN...

JARANG KIRA DENGAR ANAK ANAK MEREKA BEKERJA SEBAGAI PEMBANTU RUMAH DI MALAYSIA
MEREKA DUDUK RUMAH GOYANG KAKI DAPAT DUIT ( MENJAHIT )

SAYA JUGA MELUANGKAN MASA LEBIH SEJAM LAMANYA
DI RUMAH PATI ASUHAN AREA BUKIT TINGGI
TERSENTUH HATI HATI .... TAK SEMUA ANAK ANAK DI LAHIRKAN ADA IBUBAPA & ABANG KAKAK
MEREKA ADALAH ANTARA PILIHAN ALLAH
YANG TERBAEK... ANAK2 MANIS YANG BERBAKAT & SOPAN SANTUN BUDI BAHASANYA..
SEMOGA ANAK2 INI BAHGIA DUNIA & BAHGIA AKHIRAT

AAMIIN

HANYA PADAMU AKU BERSUJUD YA ALLAH





SATU MALAM DI HOTEL RANGKAYO BASA AREA PADANG
DEKAT DENGAN PANTAI...
BEST ...




RUMAH GADANG



FOTO KENANGAN BERSAMA IBU YANG MENJADI PENGASAS ANAK YATIM
DI AREA BUKIT TINGGI
HARAPAN MEREKA AGAR DAPAT BERJUMPA LAGI DI MASA AKAN DATANG
SYUKUR KEPADAMU YA ALLAH DI PERTEMUKAN DENGAN INSAN2 MULIA INI
HANYA PADAMU AKU BERSUJUD


DI KILANG HAJJAH ROSMAH BUKIT TINGGI
ANTARA SATU LAWATAN KILANG MEMBUAT KAIN SULAM DARI TAHUN 1953
SEKARANG ANAK ROSMAH YANG MENGAMBIL ALIH
KERANA HAJJAH ROSMAH SUDAH MENINGGAL DUNIA 6 BULAN YANG LALU..
DI SINI ADA KELAS UNTUK BELAJAR MEMBUAT SULAM
TAK KIRA USIA... BOLEH BELAJAR YE...


PEMANDANGAN YANG SANGAT CANTIK
TETAPI CURAM YE HEHEHE
LEKUK 9
ALANGKAH INDAHNYA CIPTAAN ALLAH




SALAH SATU TEMPAT RESTORAN TEMPATAN
DI SINI KAMI MENIKMATI MAKAN SIANG
MASAKAN MINANG PADANG
SANGAT SEDAP SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN ALAM DI SITU

DI PASAR ATAS BUKIT TINGGI
SAMBIL MEMBELI BELAH
SAMBIL BERKENALAN DENGAN RINA
TUAN PUNYA KEDAI
PERAMAH ORANGNYA...
SAYA MEMBELI 11 HELAI TUDUNG SULAM BUKIT TINGGI...


FOTO KENANGAN DI JAM GADANG BUKIT TINGGI
ANTARA TEMPAT LAWATAN YANG MESTI PERGI KETIKA ANDA KE SANA
ADA SIMBOLIK DI SEBALIK JAM GADANG NI...
KALAU NAK TAHU...
PERGILAH KE SANA LIHAT SENDIRI YE..
PENINGGALAN ORANG BRITISH UNTUK ORANG BUKIT TINGGI

DRIVER YANG SANGAT CEKAP & KACAK PULA ORANG NYA YE...
BROTHER ROCKY NAMA DI BERI

ANAK KEMBAR YANG SANGAT COMEL
KETIKA LAWATAN KE RUMAH ANAK2 YATIM DI AREA BUKIT TINGGI
LUCU SEKALI GAYANYA BILA MEMAKAI PAKAIAN ORANG MINANG....


PEMANDANGAN YANG SANGAT CANTIK
TASEK MALINJAU
INDAH SUNGGUH CIPTAAN ALLAH

PEMANDANGAN DI SEBUAH PERKAMPUNGAN SUNGAI LANDIA
SUASANA DISINI SANGAT SEJUK & NYAMAN
ADA BEBERAPA BUAH RUMAH KAMPUNG & TERDAPAT SEBUAH MASJID DI SITU

DI KILANG KOPI
DI SINI JUGA ADA KILANG MEMBUAT PISANG SALAI
PEMANDANGAN LERENG BUKIT
SANGAT CANTIK CIPTAAN ALLAH

DI ISTANA PAGARUYUNG
MEMAKAI PAKAIAN ORANG MINANG
DENGAN BAYARAN 35RIBU RUPIAH
FOTO RM10 SIAP DALAM 5 MINIT SAHAJA

FOTO KENANGAN BERSAMA ANAK2 PATUNG YANG BERBAYAR
IKHLAS AJE BAYARAN NYA
TAPI MEREKA SUKA RINGGIT MALAYSIA...

SELFIE DI AIR TERJUN LEMBAH HARAU

BERSAMA IBU MEL DAN ANAKNYA SERTA RAKANNYA
MEREKA BERNIAGA TELEKUNG & KAIN SULAM DI LUAR HOTEL
MURAH MURAH MEREKA JUAL DI SINI
BAYANGKAN KAIN SULAM TAK SAMPAI RM70 SEPASANG 4METER
BIDANG 60 INCI
SULAM BUKIT TINGGI MEMANG CANTIK TAK SAMA DENGAN SULAM DI BANDUNG & DI JAKARTA

AIR TERJUN LEMBAH HARAU
CANTIKKKKK TAPI SAYANG TAK SEMPAT NAK MANDI MANDA
MASA TIDAK MENGIZINKAN...
CUMA SEMPAT AMBIL FOTO KENANGAN DI SINI...



KESAN SEJARAH YANG MASIH ADA LAGI DI PANTAI MANIS AREA PADANG
KISAH ANAK DERHAKA
MALIN KUNDANG YANG MENJADI BATU...
NI LAGENDA DAHULU KALA


PEMANDANGAN YANG CANTIK SEKALI
CURAM & NGERI JUGAK
LEKUK 9
TAK SEMUA DRIVER YANG AKAN KE SINI
SEBAB JALAN NYA BAHAYA...
HUHUHUHU


HARI PERTAMA 
TIBA DI AIRPORT PADANG
TERUS MENUJU KE BUKIT TINGGI
SINGGAH SARAPAN DAHULU
LAWATAN AIR TERJUN LEMBAH ANAI - AMBIL FOTO KENANGAN
MAKAN SIANG DI SEDIAKAN
LAWATAN KE RUMAH GADANG NAN SAMBILAN RUANG
LAWATAN SULAMAN PUTERI MINANG & LINDUNGAN BULAN
CHECK IN HOTEL
REHAT & SOLAT
MAKAN MALAM DI SEDIAKAN


HARI KE DUA 
SELEPAS SARAPAN PAGI DI HOTEL
LAWATAN KE SULAM TERTUA HAJJAH ROSMAH
LAWATAN KE LEMBAH ARAU KELOK 9
LAWATAN KE KILANG KOPI KINIKO
MAKAN SIANG DI PONDOK FLORA 
LAWATAN KE ISTANA PAGARUYUNG
LAWATAN KE TASEK SINGKARAK
LAWATAN KE KILANG SONGKET 
MAKAN MALAM DI SEDIAKAN

HARI KE TIGA 
SELEPAS SARAPAN PAGI DI HOTEL
CHECK OUT
LAWATAN PANORAMA LOBANG JEPANG
MEMBELI BELAH DI PASAR ATAS 
BERGAMBAR DI JAM GADANG
KAMPUNG SUNGAI LANDA - ADA AIR TERJUN
LAWATAN KE TASEK MANINJAU
LAWANG PARK VIEW
MAKAN SIANG DI SEDIAKAN
MAKAN MALAM DI SEDIAKAN
CHECK IN HOTEL

HARI KE EMPAT 
SELEPAS SARAPAN PAGI DI HOTEL
CHECK OUT
BATU MALIN KUNDANG / JIKA ADA MASA
CITY TOUR PADANG 2 JAM
PENGHANTARAN KE AIRPORT


Friday 18 March 2016

KRABI AKU DATANG LAGI APRIL INI - 4 HARI 3 MALAM





















HARI PERTAMA
PESAWAT TENGAH HARI DARI KLIA 2
TIBA DI AIRPORT KRABI
NAIK TEKSI KE HOTEL AREA PANTAI OANANG
FREE & EASY
KRABI WALK - SEWA MOTOR DALAM 200 BATH UNTUK 24JAM - JIKA BERMINAT
MALAM NAIK TUT TUT PERGI NIGHT MARKET 

HARI KE DUA
4 ISLAND BERSAMA LUNCH

HARI KE TIGA
7 ISLAND SUNSET 
ADA SET DINNER
ADA PERTUNJUKKAN FIRE DANCE

HARI KE EMPAT
CHECK OUT JAM 12
BALIK AIRPORT NAIK TEKSI
PESAWAT PETANG ...



PADA SAYA KRABI SALAH SATU TEMPAT LAWATAN YANG SANGAT MENARIK... MAKAN SEDAP
JALAN JALAN CARI MAKAN
LAUT TENANG AJE... HILANG STRESS...
SESUAI UNTUK BERBULAN MADU & BAWA FAMILI CUTI CUTI...