Monday 10 August 2015

8.8.2015 JALAN JALAN JOHOR ---- Daripada Abi Al Dardak RA bahawasanya Rasullulah SAW bersabda : Sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya dengan tidak setahu saudaranya tersebut, berkatalah malaikat yang bertugas itu Amin..dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga.



8-8-2015
majlis perkahwinan
 ahmad taufik bin azlan
di dewan perpustakaan raja zarith utm skudai











8.8 2015 awal pagi dah bangun untuk persiapan ke johor, selepas sarapan pagi kami terus menuju ke dewan perpustakaan raja zarith utm skudai johor untuk menghadirkan diri ke majlis anak lelaki prof azlan 
setelah makan, kami singgah di rumah kenalan rapat di taman mutiara rini. 
9.8.2015 sebelum bertolak balik ke melaka, kami singgah makan murtabak cheese majid di kampung kurnia, johor bharu.. memang dah lama teringin nak makan murtabak special ni.. di melaka dan negeri lain tidak terdapat menu ini... singgah sebentar di ayer hitam johor untuk menikmati keenakan putu bambu puan juriah, seorang lagi perniaga yang berjaya dan bergelar jutawan hanya dengan menjual putu bambu.. memamg sedap, sekali makan pasti nak lagiiii
tiba di rumah 6 petang, walaupun letih tetapi kami seronok dapat JALAN JALAN CARI MAKAN 
seronok dapat berjumpa saudara mara dan kenalan jauh dekat di majlis perkahwinan ahmad taufik.. semoga rumah tangga mereka bahgia hingga ke jannah... aamiin