Tuesday 21 March 2017

motivasi hari ini - untuk semua pembaca blog

Sembahlah DIA dengan khusyuk,
ingat DIA pada waktu kita senang,
supaya DIA ingat pula kita pada waktu kita sengsara.
DIA lah yang akan membimbing tanganmu.
DIA lah yang akan menunjukkan haluan hidup kepadamu. DIAlah yang akan menerangi jalan yang gelap. 
... Jangan kalah dengan ujian dan dugaan
Kerana itulah kehidupan
Ketahuilah bahawa ALLAH yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya.
ALLAH yang menjadikan bunga dan memberinya harum. ALLAH yang menjadikan mata dan memberikannya penglihatan.
ALLAH yang menjadikan tubuh dan memberikannya kesihatan.
Maka ALLAH jugalah yang menguji dan menduga kita
sejauh mana tahap keimanan...