Monday 27 March 2017

motivasi dari AZIZAN OSMAN

Nak tak saya beritahu anda 7 perkara penting yang telah ubah hidup ramai anak didik saya dalam masa yang singkat menjadi usahawan sehingga mencapai tahap jutawan?
#1- Berkeinginan yang sangat-sangat tinggi
Saya fikir ini juga faktor penting yang merubah diri saya serta ramai anak didik saya sehingga capai tahap jutawan. Keinginan yang sangat tinggi sehingga kita sanggup bertindak luar biasa untuk capai impian kita.
#2- Berkeyakinan tinggi
Mereka yang saya lihat berjaya, bukanlah tahu sangat asalnya bagaimana untuk ubah hidup, bisnes dan tahap kewangan, tetapi mereka berkeyakinan tinggi yang mereka mesti ubah hidup mereka segera. Bahasa Inggerisnya adalah Blind Faith. Berkeyakinan tinggi bahawa mereka mesti ubah nasib keluarga mereka walaupun pada asalnya mereka pun susah macam orang lain.
#3- Bertindak luar biasa
Bertindak secara biasa-biasa hanya akan bawa anda ke tahap yang biasa-biasa sahaja. Saya minta anda cuba sekali untuk buat keputusan bertindak di luar kebiasaan anda. Bila anda dah rasa manisnya, saya pasti anda takkan berpatah balik lagi.
#4- Berani
Ramai orang berani cakap tapi tak ramai yang berani buat. Berani tak diukur dengan perkataan sebaliknya dengan tindakan. Kalau tak berani nak bertindak, tak perlu berangan nasib nak berubah.
#5- Berguru
Orang yang berjaya kebanyakannya mesti ada guru di sebaliknya. Guru ni sajalah yang mampu didik dan tegur kalau kita salah. Orang lain jangan harap. Hanya guru yang boleh bukakan jalan bagi kita nampak, boleh buat kita fikir sebelum buat keputusan dan doa guru sangat mustajab. Jadi jangan terkejut, ini memang benar. Pergi berguru kalau nak perjalanan anda lebih jelas, diyakini dan terbukti.
#6- Berterusan
Saya selalu perhatikan ramai anak didik saya bila dah dapat momentum untuk buat sesuatu, bila mereka buat sikit pun, memang Boom! Tapi ada yang buat sekejap sahaja. Lepas teruja dengan kesenangan, ada yang berhenti bertindak. Takpun, momentum dah ada tapi bila diduga dengan cabaran dan halangan, ada yang cepat mengalah. Tak istiqomah. Tak bertindak berterusan. Buat sesuatu kena konsisten. Biar nampak dan hasilnya pun dapat secara berterusan juga.
#7- Beri komitmen
Orang berjaya adalah orang yang berjaya berikan komitmen mereka 100%. Bukan setakat tu sahaja, mereka boleh beri malah lebih lagi. Apa pun yang mereka lakukan, mereka sentiasa buat yang terbaik, "How you do anything, is how you do everything."