Thursday 1 October 2015

MASA ITU EMAS ---- DUNIA ITU HANYA PINJAMAN --- MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA --- BUAT BAIK BERPADA PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI --- INSYALLAH HIDUP AKAN AMAN SELALU

Masa adalah Harta Paling Berharga Yang Anda Miliki

Jika kita ditanya apakah harta yang paling bernilai yang kita miliki, pasti kita akan menjawab beberapa jawapan seperti wang, anak keturunan, perniagaan, kecantikan, kepandaian mahupun kesihatan.Kita boleh sahaja menjawabnya akan tetapi jauh di hati kita ia bukanlah yang termahal dan tertinggi nilainya. Kesemuanya tidak sama nilai dengan nilai masa kita. Jadi benarlah masa adalah sesuatu yang paling bernilai bagi kita umat Muhammad setelah Islam.

Bersediakah kita untuk memahami betapa pentingnya masa untuk kita khususnya kaum Muslimin? Kerana umat yang dalam kemerosotan dan penindasan seperti kita ini tidak tegar memelihara masa meskipun keadaan mereka adalah umpama telur di hujung tanduk dan hanya retak menanti belah. Semestinya kita mengetahui bahawa masa adalah anugerah adil yang dikurniakan Allah swt kepada makhluknya. Sesiapa yang bersyukur yakni dengan menggunakan sesungguhnya maka Allah akan tambahkan nikmatNya, tapi barangsiapa engkar maka azab Allah amatlah pedih.