Thursday, 6 August 2015

berehat di pulau bali heavan .... Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.




percutian kali ni saya dan isteri memilih untuk merehatkan diri dan minda di pulau bali, indonesia.. kami pergi berdua sahaja.. mula2 kami buat tempahan tiket promosi airasia, lebih kurang rm300 pergi balik seorang ... percutian di rancang selama 4 hari 3 malam... saya memilih hotel yang berdekatan dengan airport... suasana di hotel ini sungguh tenang kebetulan kamar betul2 berdepan dengan kolam mandi... untuk transport saya cuma sewa motor dengan pihak hotel.. lebih kurang rm30 sehari .. pusing pusing bandar & pantai ... kami lebih kan masa untuk berehat dan jalan jalan cari makan.... suasana percutian kami kali ni lebih kepada istirehat.. pemandangan di bali sangat cantik begitu juga dengan pantainya yang cantik.. saya harap satu hari nanti saya akan kembali ke pulau bali untuk menikmati keindahan alam semula jadi... buat pengetahuan pembaca saya tempah hotel melalui online sahaja lebih jimat dan mudah dan lebih baik kita urus sendiri semuanya... tiba di airport sewa teksi bermeter dan tunjukkan nama hotel yang telah di tempah... tempat makan yang halal senang di cari di pulau bali ni, insyallah, mc donald pon halal begitu juga kfc dan pizza hut... cenderahati untuk teman dan saudara anda boleh membeli sabun, minyak aromaterpy dan kacang2 yang banyak di jual di krishna... selamat bercuti ke pulau bali... jika anda dah sampai ke bali jangan lupa manjakan diri anda di mana2 pusat spa kecantikan.. harga sangat berpatutan sekali... 




 sewa motor aje selama kami berdua di sana... santai santai sambil jalan jalan cari makan







motivasi hari ni dari NICK VUJICIC


Wednesday, 5 August 2015

kota kinabalu SABAH - aku datang lagi january 2015 -------- "Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik" "Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"

sabah
destinasi percutian kali ini bersama sahabat handai dari melaka
kami memilih malindo air
tiket, hotel & sewa kenderaan telah kami uruskan sebelum sampai ke kota kinabalu sabah

percutian 4 hari 3 malam kami kali ni seramai  8 orang, 4 pasang suami isteri yang ingin cuti cuti malaysia sambil berbulan madu..

tiba di airport, kenalan telah datang menyerahkan kereta alza & myvi.
perjalanan menuju ke pasar fhilipine...
antara tempat shopping yang paling di kenali di kota kinabalu..
di sana saya membeli perhiasan mutiara, seperti gelang, cincin, kerongsang, butang baju melayu...
sempat juga kami membeli buah tangan untuk mak & mak mertua, ikan bilis, ikan masin, dan sebagainya untuk buah tangan orang semenanjung..
setelah penat membeli belah, kami mencari kedai makan yang berhampiran...sea food murah di sini ... apa lagi makan tak ingat dunia lah hehehehe 
malam pertama kami menginap di hotel area pasar philipine.
hari kedua selepas sarapan pagi kami bertolak ke kudasang (kaki gunung kinabalu) yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan mendaki gunung...cantik sungguh keindahan alam..kami singgah di RUMAH TERBALIK TAMPALURI untuk mengambil foto kenangan.. kemudian kami teruskan perjalanan ke ranau untuk makan tengah hari... setelah itu kami terus check in hotel di pine resort kudasang... ya allah cantiknya pemandangan kamar... cuaca sejuk & nyaman sekali... berehat seketika di kamar sambil menikmati teh dan roti yang kami bawa dari semenanjung.... hari ke tiga kami jalan jalan ke SABAH TEA , KOLAM AIR PANAS, LADANG LEMBU , hari ke 4 kami bertolak balik ke kota kinabalu dan sekali lagi singgah di pasar philipine sebelum bertolak balik ke airport....pengalaman bercuti di sabah tidak dapat di lupakan, insyallah saya akan datang lagi dan bawa anak2 bercuti pula... .. kos perbelanjaan kali ni untuk kami berdua lebih kurang rm3ribu untuk tiket penerbangan pergi balik naik malindo air, 3 malam penginapan di hotel 5*, makan & minum, sewa kereta, minyak & shopping sakan hehehehe... bagaimana? jom cuti cuti malaysia
















UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE JUN 2015 - "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah" "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

KALI INI CUTI SEKOLAH SAYA MEMBAWA ANAK ANAK BERSERONOK  KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

jalan jalan ke kota singa
bersama isteri & anak anak tersayang..
amirah nabilah, afiqah nasuha & zainal abidin
semasa cuti sekolah bulan jun
2 malam menginap di hotel area angsana johor baharu
seharian  di USS singapore

tiket masuk rm185 seorang sudah termasuk bus pergi dan balik dari tune hotel johor baharu, johor
untuk 5 orang kami membayar rm925

===================================================================

sepanjangan perjalanan dari melaka ke singapore mengambil masa lebih kurang 3 jama sahaja tetapi banyak tempat2 yang kami singgah sambil jalan jalan cari makan
bertolak awal pagi dari rumah
dengan kalimah allah bismillah... saya teruskan perjalanan..
peluang untuk berkumpul bersama saya gunakan sebaiknya...
antara tempat persinggahan kami kali ni ialah...
  • NASI AYAM GEMAS
  • NASI BERIANI MOHD SHAH BATU PAHAT
  • PUTU BAMBU AYER HITAM
  • MINUM KOPI & ROTI BAKAR RAILWAY STATION KLUANG

percutian kali ni sungguh bermakna buat saya kerana dapat membawa anak2 saya ke singapore..
kos purata untuk 3 hari 2 malam termasuk tiket uss, hotel, makan minum, minyak & tol lebih kurang rm2500 untuk 5 orang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DI BAWAH INI FHOTO FHOTO SEMASA DI USS
JOM CUCI MATA






























Selamat Hari Raya Aidil Fithri

Kami sekeluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua maaf zahir dan batin.