Petua Menghalau Tikus
Berikut pula adalah beberapa cara untuk menghalau tikus. Maka tak payah nak tangkap atau bunuh. Harap-haraplah dengan cara ini akan berkesan dan tikus-tikus tersebut akan beredar serta tidak akan kembali lagi.- Minyak Mint - Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus kerana tikus tidak menggemari bau mint tersebut.
- Daun Pandan - Letakkan daun pandan di lokasi laluan tikus ini kerana aroma wangi daun pandan tersebut amat tidak disukai oleh tikus. Selain dari tikus tiada, ruang pun harum.
- Buah Mengkudu - Lebih kurang sama seperti daun pandan, tikus juga amat tidak suka kepada bau buah mengkudu yang membuatkannya beredar.
- Kapur Barus - Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!
- Daun Durian Belanda - Letakkan beberapa helai daun durian belanda di laluan tikus. Ianya akan mengganggu deria hidu tikus dan membuatkan tikus tersebut terasa terancam lalu akan berlalu pergi.
- Pelihara Kucing - Kehadiran tikus di rumah sudah pasti menakutkan tikus kerana sudah menjadi lumrah kehidupan mangsa akan takut kepada pemangsa.
- Cat BadanTikus - Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna kuning atau merah, kemudian lepaskan. Pasti tikus tersebut tidak akan muncul dan tikus-tikus lain juga akan berasa takut.
Cara-cara di atas hanyalah petua yang menjadi panduan untuk menghalau tikus yang diamalkan turun-temurun namun ianya belum tentu akan berkesan seratus peratus.
Maklum sahajalah, tikus sekarang ni dah bijak pandai dan sudah lagi tidak alah dan sudah lali (imiun) kepada benda-benda tersebut. Malah saiz tikus juga kini semakin besar dan sihat sehingga kucing pun akan lari ketakutan....