Monday 14 November 2016

musafir musafir musafir









MAKNA MUSAFIR :

Musafir itu adalah orang ada dalam perjalanan dari tempat dia duduk ke tempat yang jauh iatu 90 km dan lebih (2 marhalah).


KELEBIHAN BERMUSAFIR :
  1. Solatnya dimudahkan oleh Allah yakni rukhsah solat iaitu jamak dan qasar. Kemudahan solat diberikan kepada orang yang bermusafir agar tidak tinggal solat. Ini membuktikan bahawa Islam ini mudah dan sekaligus menunjukkan betapa pentingnya solat. 
  2. Orang yang bermusafir tidak wajib berpuasa. Rukhsah puasa diberikan kepada orang yang bermusafir untuk elakkan daripada jatuh sakit dan sebarang penyakit yang tidak diingini.  Orang musafir diberikan kelonggaran dalam puasa Ramadan. Dia diberikan dua pilihan sama ada dia ingin puasa atau tidak. Jika tidak, tidak berdosa tapi tetap kena qada'. Tapi jika dia qada', pahala tu tak akan sama seperti puasa Ramadan.
  3. Selain itu, doa orang yang bermusafir juga dimakbulkan Allah :                                 "Tiga doa yang sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yang musafir." (Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)
Wallahualam.


Terdapat banyak kelebihan Allah telah berikan kepada orang bermusafir. Sesungguhnya dengan bermusafir ini juga boleh menambah ilmu pengetahuan kita dan membuka mata kita tentang dunia luar. Kita juga dapat memuji keindahan alam ciptaan Allah. SubhanAllah!