Tuesday, 9 April 2013

LAWATAN KE RUMAH ANAK ANAK YATIM MUHAMMADIYAH DI BANDUNG

Pada hari ketiga selepas kami dan rombongan ke Pasar Baru atas permintaan rombongan dari Jengka Pahang untuk melawat rumah anak anak yatim di sana pihak travel ejen disana telah mengaturkan satu program iaitu bersama anak anak yatim selama dua jam. Rombongan kami tiba pada petang hari itu di sambut olih seorang lelaki berumur dalam 48 tahun. Kami dijemput ke sebuah bilik mesyuarat..Lelaki tersebut telah mengalu alukan kedatangan kami Tanpa melengahkan masa beliau terus memberi ucapan. Ucapan beliau berkisar tentang sejarah , latar belakang beliau dan beberapa  kisah penghuni anak anak yatim disitu.Apabila beliau mencerita kisah kisah yang menyentuh persaan tentang penghuni penghuni rumah tersebut ada diantara peserta rombongan yang merasa sebak dan ada juga yang mengalir air mata kesedihan. Salah seorang penghuni yang baru selepas kematian bapa ibunya juga meninggal sejurus melahirkan bayi tersebut. Ibunya hanya sempat berpesan supaya menjaga bayi itu dengan baik sebelum menghembus nafasnya yang terakhir.Bayi itu dinamakan Mohammad Rizki. Ada juga antara penghuni penghuni ini apabila sudah besar bertanya dimana ibu dan bapanya.Penjaga itu hanya mampu jawab " Akulah Bapa mu!"
              Sebaik baiknya apabila berjumpa dengan anak anak yatim kita hendaklah mengusap kepalanya/umbun umbun sambil berdoa.Satu lagi pesan Bapa itu apabila berjumpa dengan anak anak ini sebaik baiknya jangan dikendong.Apabila dikendong agak sukar untuk melepaskannya dan mereka cepat mesra dengan sesiapa saja.Jadi akan timbul sedikit masalah apabila melepaskan kendongan anak ini, anak ini akan menangis dan mengambil masa untuk dipujuk supaya diam.
               Rata rata anak anak yatim di sini pandai membawa diri dan baik tingkah lakunya.Semasa menemui bayi bayi disini semuanya tidak menangis, tidak merap.Masing masing memandang kita untuk menarik perhatian.Sungguh sedih sekali masih kecil lagi sudah tiada ibu dan bapa.
Salah seorang anak yatim yang pandai menarik perhatian rombongan kami.Beliau menunjuk
berbagai aksi yang menyenangkan.
terbaring diam saja tak menangis.Matanya memandang kita seolah olah meminta
ambillah saya
Salah seorang anak yatim di sini cute sekali
Baru berapa bulan saja sudah pandai pegang botol susu sendiri.
Ambillah saya Ibu!
Sedang tidur
Nama Pusat Rumah anak anak Yatim yang kami lawati
Ambil gambar beramai ramai di hadapan rumah anak anak yatim  sebagai kenangan
Sebelum meninggalkan Rumah Anak anak yatim ini rombongan dari Jengka
Pahang ini telah menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu meringgankan
perbelanjaan mengendalikan pusat ini.
Satu lawatan yang sungguh bermakna dan menarik sekali.