Sebaik baiknya apabila berjumpa dengan anak anak yatim kita hendaklah mengusap kepalanya/umbun umbun sambil berdoa.Satu lagi pesan Bapa itu apabila berjumpa dengan anak anak ini sebaik baiknya jangan dikendong.Apabila dikendong agak sukar untuk melepaskannya dan mereka cepat mesra dengan sesiapa saja.Jadi akan timbul sedikit masalah apabila melepaskan kendongan anak ini, anak ini akan menangis dan mengambil masa untuk dipujuk supaya diam.
Rata rata anak anak yatim di sini pandai membawa diri dan baik tingkah lakunya.Semasa menemui bayi bayi disini semuanya tidak menangis, tidak merap.Masing masing memandang kita untuk menarik perhatian.Sungguh sedih sekali masih kecil lagi sudah tiada ibu dan bapa.
Salah seorang anak yatim yang pandai menarik perhatian rombongan kami.Beliau menunjuk
berbagai aksi yang menyenangkan.
terbaring diam saja tak menangis.Matanya memandang kita seolah olah meminta
ambillah saya
Salah seorang anak yatim di sini cute sekali
Baru berapa bulan saja sudah pandai pegang botol susu sendiri.
Ambillah saya Ibu!
Sedang tidur
Nama Pusat Rumah anak anak Yatim yang kami lawati
Ambil gambar beramai ramai di hadapan rumah anak anak yatim sebagai kenangan
Sebelum meninggalkan Rumah Anak anak yatim ini rombongan dari Jengka
Pahang ini telah menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu meringgankan
perbelanjaan mengendalikan pusat ini.
Satu lawatan yang sungguh bermakna dan menarik sekali.