Thursday, 18 October 2012

MENGAPA BANDUNG JADI PILIHAN ANDA???

 Mengapa Bandung Menjadi Pilihan
Popular sebagai destinasi membeli-belah dan pelancongan
Masa perjalanan yang singkat 
Lebih 10 kali jumlah penerbangan sehari terus ke Bandung dan Jakarta
Nilai tukaran wang yang berbaloi dan menguntungkan
Banyak outlet yang menawarkan barangan murah & trendy
Bahasa pertuturan yang serumpun dan mudah difahami
Sosio-budaya yang hampir sama
Banyak kemudahan penginapan yang murah dan selesa
Makanan yang HALAL dan mudah didapati


Tahukah Anda bahawa melancong ke luar negara tidak lagi memerlukan perbelanjaan yang tinggi atau untuk golongan tertentu sahaja.  Anda juga mampu merealisasikan impian itu, sekiranya anda tahu caranya.

Kota Bandung mempunyai banyak tempat menarik; selain dengan factory outlet nya yang terkenal dengan pusat membeli-belahnya, suasana atau keadaan muka bumi di sana juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Keadaan iklimnya yang agak dingin iaitu sekitar 22 darjah celcius memberikan suasana nyaman yang disertai pula dengan keadaan tanah tinggi dan beberapa gunung berapi yang terkenal.
Oleh itu maka tidak hairanlah ianya setiasa dikunjungi oleh masarakat tempatan atau luar negara. Pada hujung minggu kita akan dapati ramai penduduk dari Jakarta turun ke Bandung untuk melepaskan diri daripada kesesakan kota. Begitu juga dengan pelancong luar negara, hampir 90 peratus adalah orang-orang Malaysia dan keduanya diikuti oleh rakyat Singapura.  
Pendek kata, anda boleh berbelanja sehingga puas di sini. Harga yang ditawarkan juga lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang terdapat di Malaysia. Oleh kerana nilai mata wang Malaysia yang agak tinggi berbanding dengan rupiah, kita boleh berbelanja lebih dengan nilai wang yang sama jika berbelanja di Malaysia. Walaupun banyak tempat yang hendak dikunjungi, tetapi anda tidak terasa sangat bahang panas seperti di Malaysia kerana udara di sini agak dingin - ianya memang santai !
 





HOTEL MARVELLA, BANDUNG




KAMAR TIDUR DI HOTEL MARVELLA BERSIH & SELESA
RAMAI PELANCONG ASING SUKA MENGINAP DISINI.
LOKASINYA DEKAT DENGAN RUMAH MODE.
BERHAMPIRAN JUGA DENGAN RESTORAN D'COST.
PEMANDANGAN YANG CANTIK SERTA LAYANAN YANG MESRA.

Thursday, 4 October 2012

TIP MELANCONG KE LUAR NEGARA




1. Pilih untuk melancong pada hari biasa (bukan hari minggu).
Langkah bijak buat anda yang mahu pergi melancong dengan memilih hari biasa berbanding hari minggu. Banyak sebab hal ini perlu dititik beratkan. Pertama sekali tentunya kos yang lebih jimat berbanding hari minggu. Di hari minggu kebanyakan pusat peranginan mahupun tempat tumpuan pelancong akan dibanjiri ribuan pengunjung termasuk juga tempat penginapan.
Waktu ini caj yang dikenakan untuk sebuah bilik adalah lebih mahal berbanding dengan harga biasa.
2.Buat kajian (survey) tempat yang bakal dilawati.
Sebelum pergi bercuti ke tempat idaman, adalah lebih baik untuk meninjau sedikit info mengenainya dahulu. Ketahui lokasi menarik untuk dilawati, harga serta pengangkutan awam yang boleh digunakan di sana kelak. Jalan paling mudah adalah menerusi internet. Semua maklumat boleh anda perolehi hanya di hujung jari sahaja. Pelbagai maklumat berguna boleh anda dapatkan di sini.

3. Gunakan khidmat agensi pelancongan.

Melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan juga sangat digalakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mahu melancong. Ini dapat mengelakkan anda dari ditipu atau membuang waktu untuk mencari tempat yang anda kurang arif tentangnya. Percutian anda akan lebih bermakna dengan agensi ini kerana jadual anda pasti padat dengan aktiviti menarik.
4.Jangan pakai perhiasan yang mahal.
Memakai barangan kemas ketika bercuti perlu dielakkan sama sekali. Bercuti bukanlah tempat sesuai untuk menggayakan barangan hiasan yang anda miliki. Bimbang pula saat suka berganti duka nanti. Sebaiknya simpanlah barang kemas di rumah supaya keselamatan anda lebih terjamin. Takut juga hiasan anda akan jadi tumpuan si pencuri.
5. Tukar mata wang sebelum bertolak.
Jika anda mahu bercuti ke luar negara, anda perlu menukar mata wang terlebih dahulu untuk berurus niaga. Anda digalakkan menukar wang anda terlebih dahulu sebelum pergi bercuti. Ini bagi mengelakkan masalah mencari tempat tukaran wang ketika berada di luar negara. Jika sudah sampai di sana bimbang kelam kabut pula atau mungkin membazir waktu bagi mencari lokasi tempat tukaran wang berhampiran.

Monday, 1 October 2012

TERBANG BURUNG TERBANG KE BANDUNG

Selain dari penerbangan AirASia anda juga boleh sampai ke Bandung dengan menaiki pesawat KLM sebuah Syarikat penerbangan dari Belanda. Tetapi penerbangan ini tidak mendarat ke Bandung .Ianya mendarat terus ke Jakarta.Penerbangan ini jadual perjalanannya setiap hari dan tambangnya bolih dikatakan agak murah pergi balik KL- JAKARTA (Kelas Ekonomi) hanya dalam lingkungan RM400 sahaja. Adalah menjimatkan jika anda menempah tiket penerbangan ini melalui internet dan anda akan dikenakan caj Rm10 untuk bayaran melalui kredit/Debit kad.Sekiranya anda membuat tempahan tiket melalui kaunter pula anda pula akan dicaj lebih Rm100. Jadi adalah lebih baik atau untung sekiranya anda membuat tempahan melalui internet. Berikut diberikan link untuk memudahkan anda menempah tiket penerbangan  http://www.klm.com/travel/my_en/index.htm
Begitu juga dengan AirAsia berikut ini diberikan link untuk memudahkan anda membuat tempahan kapalterbang ke Bandung  http://www.airasia.com/my/en/home.page   Harga tiket sentiasa berubah kadangkala murah dan kadang kadang mahal. Kalau booking awal dan bernasib baik boleh dapat tiket secara percuma.

OKAY SELAMAT DATANG DAN BERCUTI KE BANDUNG.