Langkah bijak buat anda yang mahu pergi melancong dengan memilih hari biasa berbanding hari minggu. Banyak sebab hal ini perlu dititik beratkan. Pertama sekali tentunya kos yang lebih jimat berbanding hari minggu. Di hari minggu kebanyakan pusat peranginan mahupun tempat tumpuan pelancong akan dibanjiri ribuan pengunjung termasuk juga tempat penginapan.
Waktu ini caj yang dikenakan untuk sebuah bilik adalah lebih mahal berbanding dengan harga biasa.
2.Buat kajian (survey) tempat yang bakal dilawati.
Sebelum pergi bercuti ke tempat idaman, adalah lebih baik untuk meninjau sedikit info mengenainya dahulu. Ketahui lokasi menarik untuk dilawati, harga serta pengangkutan awam yang boleh digunakan di sana kelak. Jalan paling mudah adalah menerusi internet. Semua maklumat boleh anda perolehi hanya di hujung jari sahaja. Pelbagai maklumat berguna boleh anda dapatkan di sini.
3. Gunakan khidmat agensi pelancongan.
3. Gunakan khidmat agensi pelancongan.
Melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan juga sangat digalakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mahu melancong. Ini dapat mengelakkan anda dari ditipu atau membuang waktu untuk mencari tempat yang anda kurang arif tentangnya. Percutian anda akan lebih bermakna dengan agensi ini kerana jadual anda pasti padat dengan aktiviti menarik.
4.Jangan pakai perhiasan yang mahal.
Memakai barangan kemas ketika bercuti perlu dielakkan sama sekali. Bercuti bukanlah tempat sesuai untuk menggayakan barangan hiasan yang anda miliki. Bimbang pula saat suka berganti duka nanti. Sebaiknya simpanlah barang kemas di rumah supaya keselamatan anda lebih terjamin. Takut juga hiasan anda akan jadi tumpuan si pencuri.
5. Tukar mata wang sebelum bertolak.
Jika anda mahu bercuti ke luar negara, anda perlu menukar mata wang terlebih dahulu untuk berurus niaga. Anda digalakkan menukar wang anda terlebih dahulu sebelum pergi bercuti. Ini bagi mengelakkan masalah mencari tempat tukaran wang ketika berada di luar negara. Jika sudah sampai di sana bimbang kelam kabut pula atau mungkin membazir waktu bagi mencari lokasi tempat tukaran wang berhampiran.