Popular sebagai destinasi membeli-belah dan pelancongan | |
Masa perjalanan yang singkat | |
Lebih 10 kali jumlah penerbangan sehari terus ke Bandung dan Jakarta | |
Nilai tukaran wang yang berbaloi dan menguntungkan | |
Banyak outlet yang menawarkan barangan murah & trendy | |
Bahasa pertuturan yang serumpun dan mudah difahami | |
Sosio-budaya yang hampir sama | |
Banyak kemudahan penginapan yang murah dan selesa | |
Makanan yang HALAL dan mudah didapati |
Tahukah Anda bahawa melancong ke luar negara tidak lagi memerlukan perbelanjaan yang tinggi atau untuk golongan tertentu sahaja. Anda juga mampu merealisasikan impian itu, sekiranya anda tahu caranya.
Kota Bandung mempunyai banyak tempat menarik; selain dengan factory outlet nya yang terkenal dengan pusat membeli-belahnya, suasana atau keadaan muka bumi di sana juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Keadaan iklimnya yang agak dingin iaitu sekitar 22 darjah celcius memberikan suasana nyaman yang disertai pula dengan keadaan tanah tinggi dan beberapa gunung berapi yang terkenal.
Oleh itu maka tidak hairanlah ianya setiasa dikunjungi oleh masarakat tempatan atau luar negara. Pada hujung minggu kita akan dapati ramai penduduk dari Jakarta turun ke Bandung untuk melepaskan diri daripada kesesakan kota. Begitu juga dengan pelancong luar negara, hampir 90 peratus adalah orang-orang Malaysia dan keduanya diikuti oleh rakyat Singapura.
Pendek kata, anda boleh berbelanja sehingga puas di sini. Harga yang ditawarkan juga lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang terdapat di Malaysia. Oleh kerana nilai mata wang Malaysia yang agak tinggi berbanding dengan rupiah, kita boleh berbelanja lebih dengan nilai wang yang sama jika berbelanja di Malaysia. Walaupun banyak tempat yang hendak dikunjungi, tetapi anda tidak terasa sangat bahang panas seperti di Malaysia kerana udara di sini agak dingin - ianya memang santai !