Wednesday, 3 April 2013

FLOATING MARKET SEKARANG BARU DIBUKA DI LEMBANG BANDUNG





LIHATLAH KEINDAHAN FLOATING MARKET DI LEMBANG BANDUNG...
TEMPATNYA SUNGGUH MENARIK, ANDA BOLEH MENJAMU SELERA SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN TASEK BUATAN MANUSIA.. BAYARAN MASUK CUMA 10K IDR DAPAT MINUMAN PANAS PERCUMA..

Tuesday, 2 April 2013

SEBAHAGIAN DARI GAMBAR GAMBAR LAWATAN DI BANDUNG PADA BULAN MARCH 2013

Rombongan dari Kolej Kejururawatan Universiti Malaya seramai 50 orang
En Azmi dan rombongan dari Pulau Pinang
Puan Fadzilah dan keluarga dari KL
Rombongan cik gu cik gu dari Jengka seramai 48 orang sedang menrendam kaki di Ciater Hot Spring
Sedang menikmati air kelapa di Kampung Daun
Suasana di kawah Putih.cantik sekali airnya putih kehijauan dan bolih disentuh.Satu pengalaman yang indah rasanya tak mahu balik.
Bersama dengan Cik gu Puan Hajah Siti Rahmah di hadapan penginapan Wisma Pendawa

Pisang rai bolih didapati di Bali Heaven, sungguh enak.

Bandung permandangan dari udara, bolih dikatakan padat juga tetapi nyaman

Sedang membuat persediaaan di Airport Bandung untuk menyambut tetamu dari Jengka Pahang seramai 48 orang

Bergambar di hadapan rumah anak anak yatim Muhammadiah Bandung
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta
Tangkuban Perahu

Buah buahan dan sayur sayuran dijual di Kampung Daun



Monday, 18 March 2013

PAKEJ 4 HARI 3 MALAM KE BANDUNG RM350 SEORANG

Bagi anda yang sudah ada tiket penerbangan, dengan RM350 seorang anda bolih menikmati keindahan Bandung, Indonesia melalui pakej tawaran istimewa kami.Pakej ini merangkumi penginapan budjet yang selesa & bersih selama  3 malam,pengangkutan mengikut jumlah tetamu beserta pemandu dan juga sarapan pagi  .Pakej ini tidak termasuk makan tengahari/malam dan airport tax.Pakej ini berjalan setiap hari dengan syarat minimum ada 4 orang.Bagi yang ambil tiket penerbangan yang turun ke Jakarta pula tambahan RM70 dikenakan seorang. Jarak Jakarta ke Bandung adalah 180 km.

Berikut secara ringkasnya diberikan itinerary untuk pakej tersebut:-

                                              Hari Pertama
  •  kami akan menyambut anda di lapangan terbang Bandung

  •  Makan tengahari di Simpang Raya (Perbelanjaan sendiri (PS))

    Makan beramai ramai di Simpang Raya
  •  Melawat sekitar bandar Bandung.

  • Shopping di Dago Factory Outlet

    Salah satu factory outlet di Dago
  •  Makan malam di Dago Hill (PS) STONE CAFE DAGO


  • Pulang ke Hotel
 

Salah satu penginapan dari Pakej ini iaitu di theVictoria LUXURIOUS GUESTHOUSE.
Baru beroperasi dan sarapan paginya juga bolih tahan juga banyak pilihan dan enak.
Untuk info lanjut tentang penginapan ini anda bolih layari www.the-victoria.com
Jika tiada kekosongan disini anda akan diberikan penginapan di Sakura Guest House
atau yang setaraf dengannya.

 

                                                Hari Kedua
  • Melawat Gunung Berapi Tangkuban Perahu(tiket 50k idr seorang bayar sendiri) lebih kurang rm18 seorang (kanak kanak & dewasa sama harga)

  • Perjalanan ke Ciater (Kolam Air Panas) (tiket bayar sendiri, jika nak bergambar, tak perlu bayar)

  • Perjalanan ke Lembang

  • Makan Tengahhari di Kampung Daun (PS)

  • Shopping di Setiabudi FO (Rumah Moda)


  • Shopping di Cihampelas

Jalan jalan di Cihampelas menjamu mata


  • Makan malam di Rumah Ikan/D Cost (PS)


                                              Hari ketiga
  • Shopping di Pasar Baru

Salah satu kedai di Pasar Baru

  • Makan Tengahari di Pasar baru food court (PS)

Tempat menjamu selera di Pasar Baru Food Court

  • Lawatan ke Rumah Tas (Barangan Kulit), Toko3 (Jeans)





  • Shopping ke Riau Factory Outlet.


  • Makan Malam di Karamba (PS)
Antara menu yang terdapat di Karamba

                                        Hari keempat
  • Singgah beli ole ole di Kartika Sari.terdapat berbagai jenis kek seperti kek lapis dan sebagainya.


  • Shopping terakhir di Bali Heaven


  • Makan Tengahari di Bali Heaven(PS)

Pilih saja apa yang hendak makan sebelum pulang.

  • Penghantaran pulang ke Lapangan terbang Bandung.

Barangkat Pulang dari Airport Bandung ke Kuala Lumpur

* (Tempat makan juga bolih pilih sendiri)


Sesiapa yang berminat dan ingin membuat tempahan sila hubungi:-
                 
         H/P: 0125892188 (AZLAN AHMAD)
               :  01115202835 (NORHATIFAH ZAHAR)
         Email: azlanbandung@gmail.com

PAKEJ TERISTIMEWA BANDUNG 5 HARI 4 MALAM RM1280 SEORANG

Pakej ini adalah pakej istimewa untuk 5 hari 4 malam termasuk tambang kapalterbang, sarapan pagi,makan tengahari ,makan malam,pengangkutan beserta pemandu,penginapan di hotel selama 5 hari 4 malam,tiket kemasukan ke Tangkuban Perahu dan tiket kemasukan ke kawah Putih.Yang tidak termasuk dalam pakej ini ialah airport tax.Minimum untuk pakej ini adalah 4 orang.Kami tidak akan mencampurkan anda dengan group yang lain semata mata untuk membuat keuntungan.

Berikut di berikan itinerary untuk pakej istimewa ini secara ringkasnya:-

Hari Pertama

Pihak kami akan menjemput anda dan rombongan anda sebaik saja mendarat di lapangan terbang Jakarta.
Anda dan rombongan akan dibawa melawat sekitar bandar Jakarta dan Bandung.Seterusnya makan di D'Cost.Disini anda bolih menikmati makanan seafood. Selepas makan check in di the Victoria LUXURIOUS GUESTHOUSE atau setaraf dengannya (Budjet hotel).Anda juga bolih buat pilihan untuk tidur di Jakarta saja kerana kadang kala
masalah kesesakan di Jakarta akan mengambil masa yang lama untuk sampai di Bandung akan membuat anda keletihan.

Pesawat yang anda naiki untuk ke Bandung.
Makanan untuk muslim disediakan
Luggage 23 kgs

Rumah Ikan atau D'Cost
Bila makan mutunya seperti 5 bintang
 bila bayar harganya serupa di kaki Lima
 
Ianya baru beroperasi.Bilik yang selesa dan cantik.Sarapan pagi juga bolih tahan.
Untuk info lanjut anda bolih layari www.the-victoria.com
 
 


Sakura Guest House
Bangunan baru, bersih, selesa & perabot semuanya baru.
Sarapan pagi disini enak enak belaka
sarapan ala buffet... macam macam ada perut kenyang hati pun riang.

Hari Kedua

Selepas sarapan pagi anda dan rombongan akan dibawa ke Tangkuban Perahu dimana anda akan menikmati permandangan permandangan yang menakjubkan. Kemudian makan tengahhari di kampung Daun. Selepas kenyang makan, ayuh kita pergi shopping di Dago factory outlet.

Tangkuban Perahu

Kampung Daun

salah satu factory outlet di Dago

Hari ketiga


Membeli belah di Pasar Baru. Makan di Food Courtnya. Anda dan rombongan juga akan dibawa di kawasan sekitarnya. Rasanya dalam masa sehari pun tidak cukup masa untuk membeli belah disini.Kami
akan membawa anda di tempat tempat yang mana anda boleh beli barang barang seperti kain sulam,telekung dan sebagainya.Khasnya untuk mereka yang berminat untuk berniaga kami akan bawa anda di tempat dimana anda bolih dapatkan dengan harga yang murah.Ada dikalangan pelanggan kami yang membeli kain sulam untuk dijual di Malaysia.Sekejap saja kain itu habis dan setelah dikira untung hasilnya perbelanjaan yang ke Bandung tadi dikira percuma saja.... itu kan lebih baik..sambil makan angin boleh berniaga...


Pasar Baru


Hari keempat

Lawatan ke kawah Putih untuk menikmati permandangan yang indah dan menakjubkan...singgah di satu patenggang , sebuah tasek berbentuk hati yg lebih dikenali sebagai tasek cinta... kita akan singgah di sebuah kedai makan di tepi sawah saur gawir memang cantik pemandangan tempat makan tu...Kemudian beli belah di Riau factory outlet.

Kawah Putih

Salah satu factory Outlet di Jalan Riau, Bandung

Hari kelima

Beli ole-ole di Amanda, kartika Sari dan makan di Bali Heaven,
Dan seterusnya penghantaran pulang anda dan rombongan ke lapangan terbang Jakarta.

Brownies kukus yang bolih didapati di Amanda

Antara ole ole yang bolih didapati di Kartika Sari

Pakej ini juga tertakluk kepada kekosongan tempat kapalterbang dan juga hotel.Kadang kadang di musiim
perayaan  atau tahun baru kadarnya dinaikkan. Anda cadangkan kepada kami tarikh hendak ke Bandung.Kami akan semak samada ada kekosongan hotel dan kapalterbang.Jika ada kekosongan bermakna anda dan rombongan anda akan ke Bandung.

Berminat sila hubungi :  012-5892188 (AZLAN AHMAD)

                                    011-15202835 (NORHATIFAH ZAHAR)  atau
                     email   : azlanbandung@yahoo.com.my