Monday 18 March 2013

PAKEJ TERISTIMEWA BANDUNG 5 HARI 4 MALAM RM1280 SEORANG

Pakej ini adalah pakej istimewa untuk 5 hari 4 malam termasuk tambang kapalterbang, sarapan pagi,makan tengahari ,makan malam,pengangkutan beserta pemandu,penginapan di hotel selama 5 hari 4 malam,tiket kemasukan ke Tangkuban Perahu dan tiket kemasukan ke kawah Putih.Yang tidak termasuk dalam pakej ini ialah airport tax.Minimum untuk pakej ini adalah 4 orang.Kami tidak akan mencampurkan anda dengan group yang lain semata mata untuk membuat keuntungan.

Berikut di berikan itinerary untuk pakej istimewa ini secara ringkasnya:-

Hari Pertama

Pihak kami akan menjemput anda dan rombongan anda sebaik saja mendarat di lapangan terbang Jakarta.
Anda dan rombongan akan dibawa melawat sekitar bandar Jakarta dan Bandung.Seterusnya makan di D'Cost.Disini anda bolih menikmati makanan seafood. Selepas makan check in di the Victoria LUXURIOUS GUESTHOUSE atau setaraf dengannya (Budjet hotel).Anda juga bolih buat pilihan untuk tidur di Jakarta saja kerana kadang kala
masalah kesesakan di Jakarta akan mengambil masa yang lama untuk sampai di Bandung akan membuat anda keletihan.

Pesawat yang anda naiki untuk ke Bandung.
Makanan untuk muslim disediakan
Luggage 23 kgs

Rumah Ikan atau D'Cost
Bila makan mutunya seperti 5 bintang
 bila bayar harganya serupa di kaki Lima
 
Ianya baru beroperasi.Bilik yang selesa dan cantik.Sarapan pagi juga bolih tahan.
Untuk info lanjut anda bolih layari www.the-victoria.com
 
 


Sakura Guest House
Bangunan baru, bersih, selesa & perabot semuanya baru.
Sarapan pagi disini enak enak belaka
sarapan ala buffet... macam macam ada perut kenyang hati pun riang.

Hari Kedua

Selepas sarapan pagi anda dan rombongan akan dibawa ke Tangkuban Perahu dimana anda akan menikmati permandangan permandangan yang menakjubkan. Kemudian makan tengahhari di kampung Daun. Selepas kenyang makan, ayuh kita pergi shopping di Dago factory outlet.

Tangkuban Perahu

Kampung Daun

salah satu factory outlet di Dago

Hari ketiga


Membeli belah di Pasar Baru. Makan di Food Courtnya. Anda dan rombongan juga akan dibawa di kawasan sekitarnya. Rasanya dalam masa sehari pun tidak cukup masa untuk membeli belah disini.Kami
akan membawa anda di tempat tempat yang mana anda boleh beli barang barang seperti kain sulam,telekung dan sebagainya.Khasnya untuk mereka yang berminat untuk berniaga kami akan bawa anda di tempat dimana anda bolih dapatkan dengan harga yang murah.Ada dikalangan pelanggan kami yang membeli kain sulam untuk dijual di Malaysia.Sekejap saja kain itu habis dan setelah dikira untung hasilnya perbelanjaan yang ke Bandung tadi dikira percuma saja.... itu kan lebih baik..sambil makan angin boleh berniaga...


Pasar Baru


Hari keempat

Lawatan ke kawah Putih untuk menikmati permandangan yang indah dan menakjubkan...singgah di satu patenggang , sebuah tasek berbentuk hati yg lebih dikenali sebagai tasek cinta... kita akan singgah di sebuah kedai makan di tepi sawah saur gawir memang cantik pemandangan tempat makan tu...Kemudian beli belah di Riau factory outlet.

Kawah Putih

Salah satu factory Outlet di Jalan Riau, Bandung

Hari kelima

Beli ole-ole di Amanda, kartika Sari dan makan di Bali Heaven,
Dan seterusnya penghantaran pulang anda dan rombongan ke lapangan terbang Jakarta.

Brownies kukus yang bolih didapati di Amanda

Antara ole ole yang bolih didapati di Kartika Sari

Pakej ini juga tertakluk kepada kekosongan tempat kapalterbang dan juga hotel.Kadang kadang di musiim
perayaan  atau tahun baru kadarnya dinaikkan. Anda cadangkan kepada kami tarikh hendak ke Bandung.Kami akan semak samada ada kekosongan hotel dan kapalterbang.Jika ada kekosongan bermakna anda dan rombongan anda akan ke Bandung.

Berminat sila hubungi :  012-5892188 (AZLAN AHMAD)

                                    011-15202835 (NORHATIFAH ZAHAR)  atau
                     email   : azlanbandung@yahoo.com.my