5 tahun pertama di alam perkahwinan, orang tua pesan, ini fasa yang paling susah sekali, kalau kita mampu harungi 5 tahun yang pertama ni, maka insyaALLAH, tahun2 selepas itu akan menjadi mudah...
Apa yang bakal kita tempuhi dalam 5 tahun pertama ni...
Ujian 1 - Kenal mengenali antara satu sama lain...walaupun dah bercinta bertahun2, selagi tak duduk serumah, sekatil, sebantal, selagi tu kita tak kan betol2 kenal siapa pasangan kita yang sebenar...adakah perangainya masa bercinta itu adalah perangai yang sebenar? Ataupun dibuat2? Masa ni kita akan kenal...
Then, kita bukan setakat berkahwin dengan pasangan, kita "berkahwin" jugak dengan keluarga pasangan...ibubapa dia, adik beradik dia...sebulan dua berkahwin, tak ada hal lagi, masih dibulan orientasi, suai kenal dengan ibubapa pasangan, adik beradik pasangan...selepas tu? Kalau dapat yang akhlak baik, insya ALLAH, aman dan tenteram hidup...kalau dapat yang jenis suka cari salah, kena ragging la seumur hidup...selagi pegang title menantu...
Ujian 2 - Kewangan...
Bab duit ni pulak, ada banyak benda yang nak kena beli...kalau tak duduk sekali dengan mertua, duduk menyewa atau dah beli rumah, maka akan kena beli peralatan elektrik, perabot, kelengkapan dapur, barang2 mentah dan sebagainya which is masa bujang tak beli, tak ada pun tak apa, but after married, its a need to have those things...
Ujian ni yg ramai pasangan failed...sanggup berhutang utk nk melengkapkan rumah...ada yg all out bwk kluar saving semata2 nk smua peralatan dan kelengkapan ada...u bru kawin, u bru spend a lot utk majlis, so balance dh xbyk, maka be wise...gaji bulan ni, share dgn pasangan, beli satu peralatan atau kelengkapan...then next month or next 2 month, share lg, beli lagi satu...month by month, jgn beli one shot sekaligus...klu x, merangkak nk membayar unless u hv a lot of cash...
Ujian 3 - Peraturan
Orang perempuan ni ada peraturan2nya sendiri...
Sebagai contoh, kalau nak makan, makan satu tempat, jangan makan merata nanti nak kemas susah...then, sampah buang dalam tong sampah, jangan tinggal sesuka hati...baju, seluar, tuala tak boleh longgok, kena sidai atau sangkut...kalau keluar malam, kena balik sebelum pukul berapa and etc...masa ni kita boleh tengok, berapa ramai suami yang boleh ikut, yang tak boleh ikut...untuk yang boleh ikut, maka tak akan ada masalah, untuk yang tak boleh ikut, yang ni akan memberi beban pada isteri...isteri akan terbeban dengan sikap suami yang kurang memberi kerjasama...dan akhirnya, daripada berterusan bercakap dengan orang yang tak faham bahasa, maka dia terpaksa buat sendiri...
Ujian 4 - Kesefahaman dan tolak ansur
Isteri baru sampai rumah selepas balik kerja, then suami sampai...suami terus tanya, kenapa tak masak lagi? perlu tegok keadaan isteri, perlu tengok situasi isteri, then lebih baik cari altenatif lain daripada nak tanya macam tu...its better to ajak dia makan diluar or keluar tapaukan makanan...perlu faham keadaan tersebut dan perlu bersikap tolak ansur before demand what we needs from our wife...kena waras dalam menuntut isteri melakukan tugas sebagai seorang isteri..