Monday, 29 July 2019

tips untuk mendapat anak lelaki



TIPS BERGUNA

1) PEMAKANAN

Jika mahukan baby boy, suami perlulah lebihkan memakan makanan lait (seafood), manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu..kenapa suami? Kenapa bukan isteri? Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl, maka suami-suami main peranan besar kat sini. Ok , apa yang saya dan suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood. Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam,daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam dan siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam dan daging.
Selain tu, suami juga kena lebih makan masam. Yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak suka buah masam-masam, tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia. Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu,susu,cheese dan butter. Saya kongsi ni lebih kepada untuk baby girl,so kalau nak boy,kena sebaliknya..elakkan makan masam..dan isteri elakkan makanan tenusu.

2)TEMPOH BERSAMA

Yang ni susah sikit sebab kita sendiri tak tau bila waktu subur kita kan. So ada 2 cara nak tahu waktu subur. Yangg pertama senang je, pergi farmasi beli Ovulation Test, bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna boleh tengok pada kotaknya.
Ataupun cara ke 2, hanya boleh dipakai bagi sesiapa yg kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang guna app period kita boleh tengok corak kitaran haid kita. Bagi yang kitarannya sama setiap bulan,tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia, waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14),maka hari ke 16 itulah hari subur.
Ok kenapa penting nak tahu waktu subur, tadi kan dah cerita pasal tempoh hayat X dan Y. Jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa ..yang tinggal hanya X ..maka jadilah XX (girl). Kalau nak baby boy,terbaliklah jadinya, perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum utk disenyawakan..maka jadila XY(boy).
Ok itu saja tips yang saya dan suami gunakan. Banyak sebenarnya tips lain kalau google, tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow. Saya suka buat sesuatu yang ada sebab jelas. Jangan lupa, DOA senjata utama..tak guna usaha tanpa doa..minta sungguh-sungguh pada Allah..semoga tips ni dapat memberi manfaat pada yang membaca.