Wednesday 6 June 2018

10 malam terakhir di bulan yg mulia bulan RAMADHAN

Ni baru d kata pecutan terakhir..

Mengikut kiraan hisab (kalender) Hari Raya jatuh pada Jumaat 15 Jun. Maknanya, malam pada hari 13 June adalah malam terakhir Ramadan. Jika dikira kebelakang, maka malam inilah bermulalah 10 malam terakhir Ramadan. Bermulalah malam2 yang dinanti dan dikejarkan mencari Lailatul Qadr. Mulai malam ini, tingkatkan amalan kita agar Ramadan tahun ini tidak pergi dan berlalu dengan sia2.

Apa perlu buat?
1. Tidur awal
2. Bangun sebahagian malam (3 atau 4 pagi)
3. Solat sunat 2 rakaat
4. Solat tahajjud 2, 4, 8 atau seberapa yang diingini.
5. Solat sunat taubat
6. Solat hajat
7. Beriktikaf & zikir, tahmid, tahlil diantara solat2 atau selepas semua solat atau membaca surah2 penting Al Quran spt Al Baqarah, Al Kaafirun, Al Ikhlas, Zalzalah, Yaasin,
8. Solat Witir & berdoa bersungguh2
9. Sahur
10. Akhir sekali Solat Suboh

Semua ni boleh dibuat samada berjemaah di masjid, berjemaah dirumah dan boleh juga dibuat sendirian dgn lebih khusyuk. Beribadat pada setiap malam malam terakhir Ramadan umpama anda beribadat 1000 bulan bersamaan 83.3 tahun. Ganjaran ini hanya dibulan Ramadan sahaja, tiada di malam2 atau bulan2 lain.

Kerana semua diatas itu jika berjaya dan mampu diamalkan sepanjang 10 malam terakhir ini dikala manusia lain enak dibuai mimpi,, itulah dia LAILATUL QADR. Anda cari, anda buat, anda akan jumpa. Selamat beribadat!