Sunday 11 June 2017

nuzul quran - 17 ramadhan

Buatlah persediaan awal dengan mengutip sebanyak mana ilmu yang mampu kita gunakan kelak.
Sebagaimana wahyu pertama Al-Quran,  Bacalah 
Mengapa wahyu pertama dimulai dengan perintah:  (Bacalah!)
Kerana membaca itu kunci ilmu. Dan ilmu itu pula iman kepada segala amalan. Tanpa ilmu yang betul dan tepat, agak sukar untuk kita harungi kehidupan dan keadaan ekonomi yang semakin mencabar.
Jadi, tuntutlah ilmu selagi ada jasad dan nyawa. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Tuntutlah ilmu sepanjang masa, sebanyak-banyaknya. Tidak akan rugi jika anda menuntut ilmu malah semakin bertambah kebaikan yang akan mendampingi anda, InsyaAllah.
Sempena dengan Hari Nuzul Al-Quran yang penuh barakah ini, hari di mana peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah SAW untuk memimpin kehidupan umat manusia..