Tuesday 18 April 2017

bonia - ramai yang tak tahu kisah nya...

Ada apa dengan artikel kali ini pula? Apa kaitan Bonia dengan anak penoreh getah?
🎀 Bila disebut tentang jenama atau nama Bonia, pasti akan terbayangkan bag yang direka exlusif, elegen, mewah, high kualiti, dan harga yang membuatkan peminatnya berusaha untuk membeli walaupun agak mahal. Bila di sebut Bonia juga pasti ramai wanita diluar sana teringin untuk memiliki tas tangan atau bag berjenamakan Bonia ini. πŸ‘œ
πŸ‘œ Jenama Bonia memiliki nilainya yang tersendiri dan mampu menarik sesiapa sahaja untuk memilikinya tanpa gusar tentang harga bag berkenaan asalkan dapat.
😲 Tetapi tahukah anda cerita disebalik terciptanya jenama Bonia ini atau mungkin dalam kalangan kita yang berfikir Bonia merupakan ilham atau cetusan idea kreatif individu dari benua Eropah atau seseorang yang mempunyai pendidikan dalam bidang fesyen di institusi terkemuka dunia dalam pembikinan tas tangan, bag, tote dan lain-lain.
😯 Chiang Sang Sem merupakan pemilik atau CEO kepada jenama Bonia. Beliau merupakan anak sulung daripada 9 orang adik-beradik dan merupakan seorang anak penoreh getah dari Melaka. Seawal usia 15 tahun, beliau berpindah ke rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang dan mengambil upah sebagai pekerja di kilang bag tangan bapa saudaranya itu.
πŸ™ Pada tahun 1971, beliau bekerja di Singapura di sebuah kilang dan memperoleh gaji yang lebih besar iaitu $60 sebulan. Berbekalkan wang simpanan sebanyak $1,200 dan meminjam sejumlah $3,800 dari saudara maranya, beliau telah membuka sebuah kilang kecil di Singapura serta mengaji tujuh orang pekerja pada tahun 1974.
😎 Pada tahun 1979, Chiang Sang Sem mendapat idea untuk menjenamakan perniagaannya dengan menggunakan nama Bonia sewaktu beliau melawat Bologna, Itali. Nak dipendekan cerita daripada nama tempat Bologna yang sentiasa bermain difikirannya, akhirnya terkeluarlah perkataan Bonia dari mulut CEO Bonia ini dan dari situlah jenama ini tercipta.
πŸ˜€ Beliau turut mewujudkan 13 lagi jenama produk selain daripada BONIA, antaranya SEMBONIA dan CARLO RINO. Kejayaan yang dinikmati beliau adalah hasil daripada kesukaran dan kepayahan yang dilaluinya selama ini.
πŸ‘ Diharap cerita kejayaan CEO Bonia ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan pendorong semangat usahawan-usahawan diluar sana. Cipta peluang perniagaan anda dan luaskan empayar anda, usaha berterusan pasti berjaya. Jika anda ingin menjadi usahawan yang mempunyai jenama sendiri, berusaha reka jenama anda yang unik dan tersendiri. Jangan jadi penciplak tapi jadi kreatif.
✔ Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan jangan malu-malu untuk hubungi atau layari laman web kami www.usahawan.com.
✔ Kami juga menawarkan pelbagai pakej dan barangan perniagaan seperti percetakan, F&B, dan lain-lain. Kami turut menyediakan bantuan teknikal dan latihan percuma!