Tuesday, 6 September 2016

5 FAKTOR PENTING SUPAYA TRAVEL DALAM GROUP BERJAYA DAN HAPPY

Disini, saya share 5 Faktor Penting Supaya Travel Dalam Group Berjaya Dan Happy:

1. Gantikan perkataan 'SAYA' dengan 'KITA'.

Bila kita travel dalam kumpulan, tiada istilah buat sendiri-sendiri. Semuanya kita buat bersama. Sebagai contoh, untuk stok makanan yang kami bawa dari Malaysia hampir 40kg. Kalau nak pikul 40kg atas badan sorang, memang tak larat. Apa perlu buat, 1 trolley bag isi penuh 22kg dan selebihnya agihkan sorang sikit.Bag trolley tu pulak ditolak secara bergilir-gilir. Bukan setakat itu aje, konteks 'KITA' ni luas. Maknanya, semua benda pun bincang sama-sama.

2. Wujudkan 'bonding' di dalam kumpulan. 

Create aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Memang tak dinafikan, hari pertama semua malu-malu. Ajak tangkap gambar pun segan-segan. Tapi bila masuk hari kedua, dah kurang sikit segan. Dah boleh selfie sama-sama. Hehe..Antara aktiviti yang boleh dibuat bersama adalah masak dan makan . Boleh dikatakan setiap hari makan bersama. Dari breakfast sampai lah ke dinner. Sebagai BONUS kalau dapat travel buddy yang rajin memasak! 

3. Buang ego. 

Kalau selama ni kita ni jenis dah biasa travel sorang, dah biasa jadi leader. Tapi bila kita dalam kumpulan, apa salahnya kita saling hormat menghormati pandangan dari kaca mata yang berbeza. Memang tak dinafikan, setiap manusia mempunyai ego yang tersendiri. Tapi kena ingat, ego tinggi-tinggi nak pergi mana? Kan?

4. Kekalkan Aura Positif.

Buang segala perasaan negatif, gantikan dengan yang positif. Kalau bangun tido rasa moody, buang perasaan tu cepat-cepat. Kenapa saya cakap aura positif ni penting? Okay, cuba bayangkan kita moody masa bangun tido. Rakan yang lain tengah happy, tengok muka monyok, boleh spoil mood dorang. Jadinya, kita sendiri kena kawal emosi kita. Jangan sebab kita moody, kita jejaskan emosi rakan-rakan yang lain. Kita pergi travel untuk happy, bukan untuk stress. 

5. Jangan terlalu Berkira.

Bila travel, jangan berkira dari segala segi, sama ada barang, duit ataupun makanan. Lagi-lagi bila ada masalah di luar jangka, masing-masing perlukan support yang kuat daripada team members. Bila berada di tempat orang, sekuat mana pun kita, pasti akan ada satu ketika kita perlukan bantuan daripada orang lain.

Tak susah pun sebenarnya nak travel dalam kumpulan, yang penting kena pandai bawak diri. Kalau selama ni korang risau travel buddies jenis tak ngam, sebenarnya apa yang paling penting, cuba kenali hati budi seseorang itu. Kita semua bukanlah sempurna. Masing-masing ada kelebihan masing-masing :)

Masih takde teman nak travel? Kawan travel akan datang, tak perlu ditunggu. Selalu jugak terjadi, mula-mula plan 10 orang, lepas tu tinggal separuh. Lagi sebulan nak travel kadang-kadang tinggal seorang atau dua je kan?