Sunday, 14 August 2016

9 Masalah Biasa Semasa Travel dan Cara Menyelesaikannya

Ketinggalan kapal terbang, gigitan nyamuk, kehilangan luggage: 9 penyelesaian untuk masalah yang kita hadapi semasa bercuti.
Kita semua mesti pernah menghadapi pelbagai jenis masalah percutian sebelum ini.
Di bawah adalah senarai 9 kejadian yang tidak diingini semasa percutian dan bagaimana untuk menghadapinya.

1. Kecurian Beg Duit

Penyelesaian: Hubungi polis tempatan dengan seberapa segera dan pastikan anda mendapat satu salinan laporan kejadian dengan penerangan yang telah anda berikan.
Laporkan kehilangan kad bank secepat mungkin supaya mereka boleh menghantar kad lain sebagai ganti atau memberikan duit tunai secara pendahuluan.
Ini bergantung kepada bank anda. Selain itu, minta tolong seseorang dari rumah untuk mengirimkan wang secara online.
Mengfailkan laporan kepada syarikat insurans travel anda secepat mungkin juga sangat penting.
Kebanyakan syarikat insurans travel mempunyai had masa tertentu apabila anda telah melaporkan jenayah tersebut kepada pihak polis tempatan. Jadi, pastikan anda tidak menangguh perkara ini atau anda mungkin akan kehilangan hak untuk membuat tuntutan.

Tip Lain: Simpan beg duit palsu dengan beberapa helai duit kertas tempatan sebagai persediaan sekiranya anda dirompak.
Simpan wang tunai dan kad di tempat yang berbeza. Elakkan membawa semua barang bersama.
Apabila anda membeli mata wang asing, simpan resit supaya syarikat insurans travel tahu jumlah kehilangan yang berlaku.
Sebelum bercuti, pastikan anda telah mencatat nombor telefon kecemasan bank untuk kes kehilangan atau kecurian kad bank.

2. Jet Lag Menggangu Percutian Anda

Penyelesaian: Setkan jam anda di atas kapal terbang kepada masa seperti di destinasi yang dituju dan elakkan pengambilan alkohol, kafein, lemak dan garam yang terlalu banyak.
Kalau anda sampai pada waktu tengah hari, terus berjaga dan elakkan tidur. Lakukan apa sahaja yang boleh menghalang anda daripada tidur.
Anda boleh keluar berjalan-jalan atau mandi. Keluar di bawah cahaya Matahari boleh membantu untuk mengubah jam dalaman kita.
Senaman juga membantu kerana ia menyebabkan pengeluaran endorphin.

Tip Lain: Buat persediaan awal dengan mengubah pola masa tidur dan makan sebelum anda pergi bercuti. Ingat peraturan ini,‘East to West is best, West to East is a beast’.
Jet lag semasa travel ke timur adalah lebih teruk kerana kita akan mencuba untuk tidur semasa badan kita masih berjaga dan ia akan berasa seolah-olah kita sedang berjaga di tengah malam.

3. Diserang Nyamuk

Penyelesaian: Elakkan menggaru kerana kulit akan menjadi lebih gatal dan lebih merah kalau anda menggaru.
Kalau anda tidak mempunyai peti kecemasan, pergilah berjumpa dengan penjual ubat tempatan untuk mendapatkan ubat atau rawatan.
Minyak tea tree, losen calaminetiger balm, krim anti-gatal topikal, ais dan tablet antihistamine boleh mengurangkan bengkak.
Anda juga boleh membeli peranti bite clicker yang akan mengurangkan kegatalan dengan merencatkan pengeluaran histamine.

Tip Lain: Sentiasa menutup lengan dan kaki anda, pakai penghalau serangga yang mengandungi DEET, tutup lampu dan langsir pada waktu malam, bawa alat penghalau nyamuk elektrik dan sekiranya anda di zon malaria, sentiasa ambil tablet seperti yang disarankan oleh doktor anda.

4) Ketinggalan Kapal Terbang

Penyelesaian: Pertama sekali, bertenang dan jangan panik!
Kalau anda ketinggalan kapal terbang atas kesalahan anda sendiri, anda akan dicaj untuk mengubah penerbangan, bergantung kepada syarikat penerbangan.
Ramai staf boleh membuat pengecualian pembayaran. Pastikan anda bersopan santun dan meminta maaf dengan elok.
Bersabar menunggu sehingga penerbangan seterusnya. Kalau anda mempunyai akaun sebagai mereka yang selalu terbang, ia mungkin membantu.
Kalau ia berlaku kerana masalah penerbangan sebelumnya yang terlewat, anda mungkin akan mendapat hadiah percuma, bergantung kepada syarikat penerbangan.
Bukan itu saja, terdapat syarikat penerbangan yang mungkin akan membayar semula cukai sekiranya anda terpaksa menempah penerbangan yang lain.
Jadi, jangan malu untuk bertanya. Kalau anda terpaksa menempah semula, Skyscanner boleh membantu mencari pilihan yang paling murah.

Tip Lain: Sentiasa bertanya di kaunter untuk peringatan dan sila set penggera tambahan kalau penerbangan anda awal. Jangan bergerak di saat-saat akhir.
Anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku di pertengahan jalan; cuaca buruk atau kesesakan trafik.

5. Kulit Menjadi Gelap Kerana Matahari

Penyelesaian: Sejukkan kulit anda secepat mungkin dengan jaram (sesuatu yang digunakan untuk menyejukkan) dan banyak minum air.
Sachet rehidrasi boleh dilarutkan di dalam air untuk menghalang dehidrasi.
Ambil ubatan untuk anti-radang seperti ibuprofen dan pilihlah krim yang disapu selepas terdedah kepada cahaya Matahari sama ada losen calamine atau aloe vera untuk melegakan rasa tidak selesa.

Tip Lain: Elakkan dari terkena cahaya Matahari dari 11 pagi hingga 3 petang, pakai topi, guna losen perlindungan matahari dengan SPF yang tinggi, dan pakai krim Matahari secara kerap terutamanya selepas berenang.

6. Kehilangan Bagasi

Penyelesaian: Kalau beg anda hilang, sabar. Pergi ke kaunter syarikat penerbangan dan buat laporan.
Mereka mungkin akan menawarkan beg barang keperluan atau kelengkapan peribadi dan mengambil maklumat untuk dihubungi.
Ingat, semakin lama beg anda hilang, semakin banyak pampasan yang akan diberikan oleh syarikat penerbangan.
Polisi insurans travel anda juga mungkin turut merangkumi kehilangan bagasi. Jadi, periksalah polisi insurans anda.
Kalau anda kehilangan beg selepas kawasan tuntutan bagasi, anda perlu menghubungi pihak polis, bukan syarikat penerbangan.

Tip Lain: Label beg anda dan letakkan sesuatu yang senang untuk dilihat seperti reben warna warni di bahagian pemegang supaya tiada yang akan tersalah ambil.
Selain itu, ambil gambar bagasi anda. Manalah tahu anda perlu menunjukkannya pada syarikat penerbangan.
Simpan semua barang berharga seperti ubat-ubatan, cermin mata dan kanta lekap di dalam beg tangan.
Jangan lupa sepasang baju persalinan di dalam beg yang sama. Pastikan pegawai pemeriksa beg anda meletakkan tag destinasi yang betul pada beg anda.

7) Keracunan Makanan

Penyelesaian: Kalau anda berasa sakit perut, minum air putih dengan banyak supaya anda kekal terhidrat.
Ambil sachet rehidrasi dan cuba makanan yang kosong seperti roti, pisang, biskut, telur hancur dan nasi putih.
Elakkan makanan yang pedas, manis atau makanan bergoreng dan berminyak. Cuba elakkan ubat anti-diarrhea terlalu cepat kerana biarkan keadaan berlaku seperti sepatutnya.
Kalau anda muntah, elakkan makanan pepejal sehingga berhenti muntah. Kalau ia masih berterusan sehingga beberapa hari, hubungi doktor.

Tip Lain: Elakkan air yang tidak dibotolkan seperti ais dan pada masa yang sama berhati-hati dengan penutup botol yang telah dibuka kerana botol itu sudah diisi semula.
Berwaspadalah dengan buah-buahan dan salad kerana ia mungkin dibasuh dalam air yang tercemar.
Jangan lupa, elakkan makanan yang terdedah terlalu lama sehingga terdedah kepada lalat. Begitu juga dengan makanan yang dipanaskan semula seperti nasi.

8. Kehilangan Pasport

Penyelesaian: Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah membuat laporan kehilangan dengan polis tempatan dan dapatkan nombor rujukan.
Seterusnya, buat pertemuan kecemasan dengan kedutaan/konsulat negara anda di negara yang dilawati.
Anda dikehendaki untuk mengisi borang pemberitahuan kecurian sebelum anda diberikan pasport ganti.
Ia sangat membantu kalau anda ada satu lagi borang pengenalan bersama-sama anda seperti lesen memandu.
Akhir sekali, hubungi syarikat insurans travel kerana mereka mungkin akan membantu untuk membiayai kos kehilangan pasport.

Tip Lain: Pastikan anda sentiasa ada salinan pasport dalam beg pakaian dan email. Lagi bagus kalau anda membawa beberapa keping gambar pasport sekali.

9. Kecewa Dengan Hotel

Penyelesaian: Jangan simpan dalam hati saja. Kalau anda diberikan sebuah bilik yang teruk, beri peluang kepada hotel tersebut untuk cuba menyelesaikan masalah.
Ambil gambar perkara yang mengganggu dan tanya pada pengurus atau wakil travel sekiranya ia termasuk dalam pakej percutian.
Kalau hanya bilik yang menjadi isu, buat aduan secepat mungkin di bahagian penerimaan tetamu dan bertenang.
Biasanya, hotel akan berikan anda sebuah bilik lain atau membuat penambahbaikan.
Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dan anda terpaksa menukar hotel, pastikan anda menghantar surat kepada pengurus apabila anda sudah sampai di rumah.
Kalau anda menempah secara online, anda boleh menulis review kepada mereka juga.
Tip Lain: Ambil gambar dan video sebagai bukti ketidakpuasan hati anda. Kalau anda membayar dengan kad kredit, anda boleh menuntut semua wang anda dengan bank setelah anda balik.