Sunday 5 January 2014

TIPS KE BANDUNG

TIP KE BANDUNG..
·        activated kan kad maybank @ cimb untuk pengeluaran wang di sana lebih jimat & selamat
·        minta supir tolong belikan simcard, jangan beli di airport (mahal)
·        untuk call malaysia murah tambah kan ajer nombor ini sebelum dail no yg di kehendaki 0101760
·        jaga minum, senang nak kena cirit birit, bawa lah sikit bekalan ubat, jika sakit jangan pergi klinik pergi ajer ke farmasi minta tolong supir bawa kan
·        semasa di pasar baru ramai peminta sedekah, jika beri seorang, akan dtng lebih ramai menghampiri kira, so lebih hati hati
·        silang bag ke depan, jika lelaki jgn letak dompet di belakang, hati hati
·        di tengkuban perahu ramai orang menjaja yg akan ikut kita.. mmg mereka akan letakkan hrg yg 2, 3x ganda... tunggu sampai nak balik baru beli begitu juga dgn buah strawberi... mereka sendiri akan letak hrga murah jika dah nak balik... awal2 jgn beli, biar ajer dia ikut kita... hati hati
·        shopping di pasar baru minta lah kurang, tp skrng ni dia orng dah pandai.. banyak hrg tetap..
·        di pasar baru terdapat pelbagai jenis kain sulam, kebaya nyonya bersulam, batik, kain pelekat, telekung, english cotton, bag, kasut dan pelbagai lagi ..
·        semua tempat2 makan ada harga janganlah risau ikut budjet masing masing...  & semua makanan halal.
·        di factory outlet barang2 jenama memang murah.. (contoh guess, burberry, polo & lain lain)
·        jika nak beli lukisan, minta supir tolong bawa ke GRANDHE FACTORY OUTLET
·        Jangan lupa ketepikan duit  airport tax sebanyak 75k seorang jika airport di bandung. 150k seorang jika airport di jakarta.
·        Cecair seperti, shampo,minyak wangi, body shampoo, cologne ,minuman dalam botol tidak boleh bawa bersama dalam pesawat, masukkan dalam bag baju di bagasi.
·        Benda benda tajam seperti, gunting,pisau dan lain lain tidak dibenarkan sama sekali bawa bersama dalam pesawat nanti, jika di dapati ada, semua akan di rampas oleh pihak emegresen kuala lumpur.
·        Seorang satu bag besar dgn muatan 23 kilo
·        Jika ada 2, 3 bag sila satukan (bungkus sekali dgn plastik, ada perkhidmatan membungkus di airport nanti) anggaran harga rm10 hingga rm30
·        Cuaca di bandung agak dingin di waktu pagi, boleh lah bawa baju panas untuk kanak kanak atau warga emas.
·         
·         1. Travel Charger dan Power Bank
2. Extension Wayer simple – cari yang muat 3 soket (hp, Tablet, camera)senang.
3. Gajet (hp, camera, tablet, labtop) mana yang senang
4. Tshir – beberapa helai – Pergi sehelai, balik sehelai, tidur sehelai dan selebihnya untuk pakai disana boleh beli kat sana.
5. Seluar – Seluar Jean dan Seluar – Pendek cukup la
6. Seluar Dalam – Pakai Buang Cotton
7. Barang keperluan Peribadi (Micro Fiber Towel, Berus gigi, Ubat Gigi,Sikat, Pembersih Muka, Sabun, Shampoo, Cream2 dan sebagainya) Pastikan label botol tak lebih 100ml.
8. Kasut, Sliper yang sesuai
9. Apa-apa yang sesuai bergantung cuaca tempat travel – contoh sweater, Shawl, pashmina, reben, Stokin atau sebagainya.
10. Pastikan benda terlarang tidak masuk dalam beg seperti pisau, dan sebagainya.
11. Ubat-ubatan – pastikan berlabel dengan jelas dan tidak mencurigakan. jangan bawa pill tanpa ada label sah.