Thursday 31 January 2013

SOALAN SOALAN LAZIM DAN JAWAPANNYA (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS AND ANSWERS)

Soalan Yang Sering Di Tanya:-
1. Saya sudah buat bayaran untuk pakej tuan yang RM350 seorang tu, semasa di sana adakah apa apa bayaran yang dikenakankan lagi seperti petrol,tip, upah pemandu,tol dan lain lain bayaran yang tersembunyi?
Jawapannya:-
    Pihak kami tidak mengenakan apa apa bayaran yang tersembunyi seperti yang dinyatakan.Sekiranya pemandu itu meminta upah, petrol, parking dan sebagainya segera laporkan kepada kami dan kami akan ambil tindakan yang serius.Setakat ini pemandu kami tidak pernah melakukan perkara perkara tersebut.Tiada apa apa bayaran yang tersembunyi dikenakan.Tuan tuan dan puan puan cuma sediakan duit untuk makan sendiri,beli belah dan cukai airport sebanyak 75K IDR di Bandung atau 150K IDR di Jakarta.

2. Sekiranya saya sampai di Bandung tiada siapa yang menjemput kami? Apa seharusnya kami lakukan?
Jawapannya:-
      Pada kebiasaanya pemandu pemandu/supir kami akan menunggu anda tepat pada waktunya.Masalahnya kadang kadang terdapat kelewatan penerbangan (flight delay) pemandu kemungkinan pergi minum atau berkeliaran dalam kawasan itu dan mereka tidak tahu bila waktu rombongan anda tiba.Apa yang seharus anda lakukan cuma talipon nombor yang kami berikan.Pemandu itu akan segera berjumpa dengan anda.

3. Adakah pihak tuan akan menaikkan harga pakej ini pada masa akan datang?
Jawapannya:_
        Insyallah setakat ini kami tidak berhasrat untuk menaikkan harga pakej seperti tercatit dalam blog ini.
Sekiranya pihak di Bandung menaikkan harga pada masa akan datang kami juga terpaksa menaikkannya untuk menampung kos.Sebenarnya tujuan kami membuat pakej murah ini adalah supaya lebih ramai lagi yang akan datang ke Bandung. Begitu juga pada pelanggan kami yang sudah membuat bayaran deposit jika berlaku kenaikan harga pakej, baki bayaran itu adalah kekal dan kami akan tanggung/serap apa apa kos yang di kenakan.

4.Bila sampai di Bandung adakah tuan akan campurkan kumpulan kami dengan kumpulan yang lain?
Jawapannya:-
    Tidak sama sekali, kami tidak mencampurkan kumpulan anda dengan kumpulan yang lain semata untuk mengaut keuntungan yang berlebihan.Walaupun kumpulan anda ada 4 orang tetap tidak dicampur dengan kumpulan yang lain.