TURKEY10H7M
Special TULIP SEASON
HARI 1 KUALA LUMPUR / ISTANBUL
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas. Sesi taklimat dan check in.
HARI 2 ISTANBUL / BOLU (L,D)
Tiba di Istanbul, sambutan oleh wakil kami disana, mulakan lawatan di kota Istanbul dengan mengunjungi Blue Mosque (Masjid Biru), saksikan keindahan senibina dalaman masjid ini, singgah di Hippodrome Of Constantinople, dan ke Topkapi Palace, disini tersimpan beberapa khazanah tinggalan Rasullullah SAW seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki dan lain-lain sebelum bertolak ke Bolu melalui Tasik Sapanca, makan malam dan bermalam di Bolu.
HARI 3 BOLU / ANKARA / CAPPADOCIA (B,L,D)
Bertolak ke Ankara, singgah di Mustafa Kamal Ataturk Museum, digelar bapa kemodenan Turki, saksikan tinggalan dan kesan sejarah Turki yang tersimpan baik disini, singgah di Haci Bayram Veli Mosque, sambung perjalanan menuju ke bandar Cappadocia dengan melewati Salt Lake , bermalam di Cappadocia.
HARI 4 CAPPADOCIA (B,L,D)
ACARA HOT AIR BALOON pada awal pagi (tertakluk kepada kelulusan terbang badan berwajib tempatan). Selepas sarapan lawatan sepenuh hari di Cappadocia, mulakan ke
Underground City of Ozkonak, Esentepe Hill, Pigeon Valley, Mushroom Valley, Camel Rock, Gerome Valley Open Air Museum, makan tengahari di Cave Restaurant, masa bebas membeli belah di Local Pottery House, Turkish Carpet Factory, dan Turkish Shop. Selepas makan malam peserta disajikan dengan persembahan DERWISH SUFI yang popular di Turki.
HARI 5 CAPPADOCIA / KONYA / PAMUKKALE (B,L,D)
Bertolak ke Konya, singggah melawat ke Ancient Caravanserai Sultanhani, merupakan tempat persinggahan pedagang dulu semasa laluan sutera, sambung lawatan ke Mevlana Cellaludin Rumi Museum, Mevlana merupakan yang pengasas tarian sufi berputar iaitu whirling derwish, sambung perjalanan ke Pamukkale.
HARI 6 PAMUKKALE / KUSADASI (B,L,D)
Lawatan setengah hari di bandar Pamukkale, mulakan dengan mengunjungi teres air bertingkat Cotton Castle, kemudian ke Hierapolis dan Necropolis, merupakan kota lama tinggalan Greek, singgah di Isa Bey Mosque untuk solat, sambung perjalanan ke Kusadasi, singggah di kota kuno Ephesus atau digelar mini Athens, saksikan kesan tinggalan kota kuno ini yang menyimpan pelbagai sejarah, melawat ke Cave of Seven Sleepers, merupakan gua ashabul kahfi versi Turki, pendapat sahih mengatakan gua ini terdapat di Amman, Jordan, tetapi ada juga versi yang mengatakan gua ini terletak di Turki, makan malam dan bermalam di Kusadasi.
HARI 7 KUSADASI / BURSA (B,L,D)
Sebelah pagi peserta akan dibawa ke Leather Factory, masa bebas membeli barangan kulit berkualiti tinggi disini, singgah di kedai menjual produk Turki seperti apple tea, turkish delight dll, bertolak ke Bursa, tiba di Bursa, melawat ke Ulu Mosque, Green Mosque, dan membeli belah di Koza Han atau Silk Cocoon Market, peserta boleh membeli pelbagai jenis produk sutera seperti tudung, dll, makan malam dan bermalam di Bursa.
HARI 8 BURSA / ISTANBUL (B,L,D)
Bertolak ke Istanbul pada awal pagi, diikuti dengan lawatan ke EMIRGAN TULIP PARK dan selepas itu singgah di Ayub Al Ansari Mosque untuk solat. Setelaj itu diberikan masa secukupnya untuk shopping diGrand Covered Bazar yang merupakan bazar tertutup terbesar dunia, terdapat lebih 4000 kedai di dalamnya dan menjual pelbagai barangan. Selepas itu, peserta akan di hantar untuk BHOSPORUS CRUISE
& DINNER sebelum balik ke hotel.
HARI 9 ISTANBUL/KUALA LUMPUR (B)
Selepas sarapan, dibawa ke airport untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
HARI 10 KUALA LUMPUR
Tiba di KLIA bersama kenangan manis di bumi Turki.
RM4299 SEORANG DAH TERMASUK:
- TIKET PESAWAT PERGI BALIK
- CUKAI LAPANGAN TERBANG
- PENGINAPAN DI HOTEL TARAF 4-5*
- MAKANAN HALAL
- TRANSPORT
- TIKET LAWATAN SEPERTI DLM ATURACARA
- TOUR GUIDE BERPENGALAMAN
- TOUR LEADER YANG HENSEM
- INSURAN PERLINDUNGAN KELOMPOK
10 PERCUMA:-
- BELON PANAS (TERTAKLUK KEPADA CUACA)
- DINNER DI BHOSPORUS CRUISE
- BROSPORUS CRUISE
- TARIAN SUFI
- TULIPS PARK
- INSURAN
- 46KG CHECK IN BAGASI
- HOTEL UPGRADE
- USD10 UTK SHOPPING VOUCHER
- TSHIRT
DEPOSIT RM700 SEORANG
BAKI SEBELUM 30 HARI NAK BERTOLAK KE SANA
BERI NAMA PENUH & TARIKH LAHIR
17HB APRIL 2018
5 TETAMU
YANG BELUM MASUK DLM PAKEJ:-
- TIP RM200 SEORANG
- BARANGAN LEBIHAN HAD
- PERBELANJAAN PERIBADI
TERIMA KASIH