Thursday, 7 September 2017

hijrah

Kenapa perlu hijrah lokasi, jika yang perlu hijrah terlebih dulu adalah mindset kita?
Saya berikan 7 usahawan contoh bagaimana hijrah mindset lebih utama, untuk semangat sahabat.
Ini beberapa usahawan yang bermula di luar Lembah Klang & berjaya bangunkan bisnes mereka hingga berjaya:
> Raffelinna Group, Kedah
> al-Ikhsan, Johor
> Nurraysa, Pahang
> d'Apple, Kelantan
> Furaiha, Terengganu (kini di KL)
> Radix, Perlis (1 masa sebelum ini)
> Tim ALONG, Perak
Dan banyak lagi yang bermula & berkembang maju di luar Lembah Klang. Paling menarik, bisnes mereka ada di mana-mana di seluruh negara, tanpa bermula di Lembah Klang.
Jika kita lihat semula sirah Nabi saw untuk ibrah, apabila berhijrah ke Yathrib, beberapa perkara yang Nabi saw lakukan termasuk 5 perkara ini:
> Ubah nama Yathrib kepada Madinah - rebrand kepada yang lebih baik.
> Menyatukan di kalangan puak Ansar, bahkan dengan Muhajirin - menyatukan masyarakat dengan 1 brand iaitu Islam.
> Menyelesaikan beberapa masalah ekonomi masyarakat dengan membuka pasar baru - menyediakan platform untuk lebih ramai dapat berniaga / bekerja.
> Meminta sahabat membeli sumur untuk diwakafkan kepada masyarakat umum - menyediakan pilihan kepada umum 1 solusi yang lebih baik untuk kehidupan masyarakat.
> Membina Masjid An-Nabawi - menyediakan tempat untuk masyarakat boleh dekat dengan Allah swt, bersosial dengan cara beradab & jadi tempat utama bertemu dengan "supreme leader" untuk mengambil mutiara daripadanya.
Semua ini penting bagi kita & ibrah dari Nabi saw adalah yang terbaik bagi kita ikutinya terutamanya di dalam memahami petunjuk dari al-Quran, kerana Baginda saw adalah manusia yang paling faham al-Quran.
Semua yang dilakukan oleh Nabi saw ini bukan sekadar hijrah kosong. Perubahan yang sangat besar berlaku apabila Baginda saw hijrah ke Madinah.
==================
Fikir semula dengan baik sebelum kita "hijrah" selepas ini, dengan 3 soalan ini:
+ Apa matlamat yang kita mahu & perlu capai?
+ Apa yang kita perlu buat untuk capai matlamat?
+ Apa perubahan ketara yang perlu dilakukan selepas hijrah kali ini?