Bandung, Indonesia boleh menjadi kesukaan ramai kerana terdapatnya tarikan seperti:-
Pelancongan keTasik kawah gunung berapi. Ada 3 buah tasik yang menjadi tarikan pelancong, iaitu Tangkuban Perahu, Kawah Ratu dan Kawah Domas yang terletak di puncak gunung. Hanya Kawah Domas yang gunung berapinya masih hidup, jadi air di tasiknya panas sehingga boleh merebus telur, boleh juga merendam kaki.
Sementara Tangkuban Perahu dan Kawah Ratu gunung berapinya sudah mati dan air tasiknya sejuk saja. Pemandangan dari puncak gunung di sini sungguh indah dan pemanduan ke tasik ini melegakan dengan jalan bukit yang di banjari hutan yang nyaman..
Rumah Mode adalah gedung factory outlet yang paling besar di sini. Gedung ini patut dilawati walaupun hanya untuk window shopping kerana ia sebuah gedung yang indah dan mewah dengan suasana yang sungguh nyaman.
Donatello Shoe House pula mempunyai kasut yang pelbagai jenis yang sungguh popular di kalangan peminat kasut. Ia mempunyai koleksi terbaik untuk kasut pump dan kasut bertumit rendah.
Pasar Baru ialah tempat jualan kain-kain yang terbesar. Pelancong selalu melawat tingkat 8 jika mencari kain tenun, kain bermanik, kain untuk kebaya atau baju kurung atau untuk majlis perkahwinan dan pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi. Terdapat pilihan yang sungguh luas.
Toko Tas yang terletak di Jalan Riau adalah tempat yang bagus untuk para penggemar beg dan kasut. Terdapat pelbagai pilihan yang menarik di sini.
Makanan yang menjadi pilihan pelancong pula ialah;

- Cuaca di puncak gunung ini sejuk, jadi jangan lupa membawa baju tebal supaya tidak kesejukan pula.
- Ramai penjaja jalanan akan datang untuk menjual barangan mereka seperti kraftangan. Katakan saja tidak dan mereka tidak akan mengganggu anda dengan begitu rapat lagi.
- Cuba elakkan pergi pada hujung minggu kerana orang terlalu ramai, sebaliknya pergi pada hari biasa kerana pelawatnya agak berkurangan walaupun tempat ini sentiasa dikunjungi orang.
Rumah Mode adalah gedung factory outlet yang paling besar di sini. Gedung ini patut dilawati walaupun hanya untuk window shopping kerana ia sebuah gedung yang indah dan mewah dengan suasana yang sungguh nyaman.
Donatello Shoe House pula mempunyai kasut yang pelbagai jenis yang sungguh popular di kalangan peminat kasut. Ia mempunyai koleksi terbaik untuk kasut pump dan kasut bertumit rendah.
Pasar Baru ialah tempat jualan kain-kain yang terbesar. Pelancong selalu melawat tingkat 8 jika mencari kain tenun, kain bermanik, kain untuk kebaya atau baju kurung atau untuk majlis perkahwinan dan pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi. Terdapat pilihan yang sungguh luas.
Toko Tas yang terletak di Jalan Riau adalah tempat yang bagus untuk para penggemar beg dan kasut. Terdapat pelbagai pilihan yang menarik di sini.
Makanan yang menjadi pilihan pelancong pula ialah;
- Warung Pasta- di sini terdapat lebih dari 50 jenis hidangan pasta seperti lasagna, pizza dan me. Ada banyak keju pada pastanya malahan harganya pun murah.
- Kartika Sari Bakeri- terkenal dengan kek lapis, brownies dan kek keju. Mereka juga ada membuat penghantaran ke hotel-hotel.
- Nasi Padang Simpang Raya- menyediakan pelbagai jenis masakan yang enak dan bersih dalam persekitaran yang lapang. Makanan ringan yang terkenal di sini adalah pisang molen dan jus avokado. Sekali makan bayarannya adalah dalam lingkungan RM15.
- Berhati-hati dengan penyeluk saku terutamanya di kawasan Pasar Baru.
- Untuk perjalanan yang selesa dan menyenangkan sewa sebuah kereta lengkap dengan pemandunya sekali.
- Jangan lupa tawar-menawar. Harga untuk pelancong biasanya lebih mahal berbanding harga untuk penduduk tempatan, jadi tawar harga sebelum membuat bayaran.
- Jangan pakai baju yang terlalu mendedahkan badan kerana penduduk tempatan akan memandang dengan pandangan yang kurang selesa.
- Jika menggunakan teksi pastikan guna meter, jika tidak menggunakan meter jangan naik kerana teksi akan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk pelancong.