Tuesday, 16 February 2016

TIPS BERGUNA KETIKA NAK BERCUTI - 2016

29 Tips Penting Sebelum Melancong Ke Luar Negara Yang Perlu Anda Tahu . Panjangkan tips yang akan saya tulis pada post kali ini ?Sebelum bercuti atau melancong  ke luar negara banyak yang perlu di lakukan. Maklumlah bukan senang nak tinggalkan rumah lama-lama. Kalau dekat tak apa sebab kita masih boleh drive dan balik.
Antara yang selalu saya buat sebelum melancong ke luar negara ada lebih kurang  macam di bawah ni :
1.Bayar segala bil eletrik, air, talipon dan semua bayaran ansuran bulanan yang telah sampai di tangan kita. Bila dah bayar semua ni baru dapat berjalan tanpa risau fikirkan segala macam bil yang tertunggak.
2.Tempah  tiket penerbangan seawal 6 bulan supaya dapat lebih jimat. Lagi awal lagi bagus sebab kita tak tergesa-gesa dan boleh window shopping tengok harga tiket.
3.Jika bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler,sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan.Nak murah beli saja pakaian musim sejuk terpakai atau bundle dan sampai di sana boleh shopping yang baru.
Badan, kaki, tangan sampai kepala kena hangat .Kalau pakai tudung memang ia sangat membantu sebab leher kita pun memang dah terlindung dari angin sejuk.Badan yang sejuk akan mengganggu mood bercuti.Lain-lain seperti penutup telinga dan heat pack ( di letak dalam poket baju untuk panaskan tapak tangan ) juga kalau ada bawa je.
4.Pakai boot jika ada atau kasut yang tapaknya berbunga jika negara bersalji .Kasut begini mengurangkan risiko terjatuh akibat jalan yang licin. Kos rawatan di luar negara mungkin tak sama atau lebih mahal. Beringat sebelum kena kerana tak seronok cuti masuk hospital.Mengambil insurans perjalanan adalah lebih baik malah premiumnya tidaklah mahal sangat pun.
5.Bawa adaptor dan plug international.Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita. Sesetengah handphone dan kamera terutama semasa musim sejuk akan cepat baterinya mati. Kadang-kadang semalaman caj bateri pun sekejap dah tinggal satu bar aje.Bercuti dan tak dapat merakam gambar-gambar kenangan memang menghampakan.
6.Cetak e-tiket penerbangan anda jika beli secara online.Mungkin dah save dalam handphone tapi macam macam boleh berlaku seperti handphone rosak , kena rampas waktu di pintu masuk, bateri handphone habis dan peraturan imigresen negara luar yang masih mahu melihat tiket perjalanan anda.Jangan susahkan diri kita dengan sesuatu yang menjadi peraturan yang memang kita sepatutnya dah tahu.
7.Sediakan itinerari sebelum melancong ke luar negara .Ia melancarkan program percutian kerana kita tahu ke mana kita nak pergi sepanjang berada di sana.Itinerari juga  sangat membantu mempercepatkan proses kita bersoal jawab dengan imigresen . Jangan cuai di sini sebab kalau silap jawab kita mungkin akan tersangkut berjam-jam di depan pintu masuk atau di lihat seperti seorang penjenayah.
8.Cetak slip tempahan hotel, tiket bus, keretapi ,tiket amusement park atau apa saja  tiket yang di beli secara online. Jika anda terlupa mencetak kos mencetak dokumen tersebut walaupun sekeping di lapangan terbang sangat mahal. Slip tempahan ini selalu di tanya oleh pegawai imigresen yang was was jika anda datang untuk bukan tujuan melancong.
9.Tulis nombor talipon  kedutaan malaysia di negara kita bercuti.Mereka penting jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Simpan nombor ini di handphone dan juga buku nota kecil.
10.Jika anda memang memakai cermin mata bawa cermin mata walaupun anda rancang memakai kanta pelekap .Cuaca terlampau sejuk boleh menyebabkan mata jadi kering dan kita akan rasa tidak selesa.
11.Simpan ubat dalam satu bekas dan labelkan.Lekatkan senarai ubat di bekas atau plastik tersebut dan hanya tunjuk jika di tanya pada pegawai imigresen.Ia memudahkan pegawai imigresen memeriksa kerana mereka juga mahu cepat . Selalunya mereka juga akan bertanya samada kita nak declare apa-apa. Tidak perlu sorok apa-apa kerana ia hanya menyebabkan mereka rasa was-was dengan anda.
12.Bawa bekalan makanan yang mencukupi walaupun anda merancang makan di luar.Tidak semua kedai makanan halal senang di dapati di sesebuah negara.Jika ada sekalipun mungkin kedai tersebut tutup, jadual penerbangan berubah dan kita akan kelaparan sementara menunggu kedai makanan halal di buka semula.
13.Jimatkan ruang bagasi dengam membawa peralatan yang jenis multi purpose. Contohnya bawa sudu plastik seperti yang di beri peniaga makanan di gerai-gerai  sebab ringan dan boleh di buang jika tiada air untuk di cuci. Bekas Maggi Cup jangan di buang kerana ia boleh di jadikan sebagai gelas air atau pengganti bekas air.Bawa satu cukup untuk jimatkan ruang beg .Selebihnya bawa maggi yang berbungkus 4 segi dalam plastik.
14.Bawa botol air yang boleh di lipat ke mana sahaja.Botol ni sangat berguna untuk membersihkan diri kerana tandas luar negara rata rata jenis tandas kering.Jika tidak anda pasti rasa sukar kerana tiada paip air di sediakan di dalam bilik air.
15.Makanan seperti sambal goreng tahan lama .Oleh kerana ia berminyak, masukkan dalam peket plastik kecil yang boleh di gunakan untuk sekali makan.Cara begini kita  boleh agak baki makanan yang masih ada.Ia juga lebih praktikal jika kita akan pergi ke beberapa negara lain atau menetap di beberapa hotel atau penginapan.
16.Cecair yang melebihi 100 ml kebiasaannya akan di rampas jika anda membawanya ke dalam hand carry. Kita kadang-kadang terlupa dan  membawa air mineral, syampoo serta losyen di dalam hand carry. Sepatutnya barang seperti ini di letakkan di dalam luggage.Beli syampu dalam peket kecik kecik yang ada di jual di kedai runcit yang berharga 50 sen jika masih mahu masukkan dalam hand carry.Ia lebih praktikal.
17.Guna simkad negara yang kita lawati kerana ia lebih jimat dari roaming. Kos roaming sangat mahal dan akan pasti terperanjat bila melihat bill yang sampai walaupun berada di luar negara tak sampai seminggu. Wsap juga menguntungkan kerana kita boleh buat call dengan percuma . Menurut rakan-rakan saya negara  seperti Korea Selatan wifi ada di mana sahaja.
18.Pastikan anda membawa losyen pelembap kulit ketika musim sejuk sebab ia sangat penting tak kira anda lelaki atau perempuan. Kalau lelaki mungkin nampak macam mengada-ngada sebab kena pakai losyen tapi risiko kulit rasa gatal-gatal , merah-merah dan asyik nak menggaru akan buat kita rasa tak selesa.
Losyen minyak zaitun sangat efektif terutama jenama Minsyam dari Syiria. Hati-hati juga ye pernah terjadi pada kawan saya baru-baru ni  losyen minyak zaitun yang saya tak tau jenama apa bila sampai di sana ia jadi beku ketika musim sejuk he he.
19.Perbaharui passport anda di pejabat  imigresen jika tempoh sah passport kurang dari 6 bulan. Jangan renew passport pada saat saat akhir kerana kadangkala jika tak bernasib baik kita tak dapat nombor atau  sistem pengurusan pejabat imigresen tak dapat berfungsi. Nak renew passport sekarang hari sabtu dan ahad pun dah boleh di sesetengah tempat.
20.Periksa samada negara yang anda bakal pergi memerlukan visa.Tempoh permohonan visa dan tarikh sah laku juga perlu di lihat sebelum melakukan permohonan. Cetak borang permohonan visa mana-mana negara yang boleh di lakukan secara online. Ambil gambar terbaru jika perlu dan bawa lebih ketika ketika memohon.
21.Tukar duit atau matawang asing di pengurup wang sebelum berlepas.Elakkan menukar wang di bank atau di lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah.Ada di sesetengah negara yang kita boleh dapat tukaran wang yang lebih tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan kemudahan untuk menukar wang di negara tersebut. Sedikit matawang asing negara tersebut mesti di bawa bersama untuk mengelakkan kita menghadapi kesusahan menukar wang .
22.Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya satu jam sebelum check in. Kadang-kadang macam-macam boleh berlaku seperti  jalan sesak , tak dapat teksi atau kereta rosak sewaktu dalam perjalanan. Rancang pengangkutan yang betul ke lapangan terbang supaya kita tak terkejar-kejar jika ada barang penting yang tertinggal.
23.Bawa sekurang-kurangnya satu atau dua kad kredit atau kad debit sebagai back up. Ada masa salah satu kad tak dapat di gunakan atas masalah teknikal maka kad lagi satu ada sebagai ganti.Baca kepentingan membawa kad kredit ketika di luar negara di post saya yang terdahulu.
24.Aktifkan kad debit atau kad kredit dengan bank anda sebelum bercuti. Tak susah pun sebab hanya perlu call pihak bank dan maklumkan tarikh kita nak ke luar negara . Selalunya pihak bank akan aktifkan kad kredit atau kad debit kita sehari sebelum kita berlepas dan sehari selepas kita balik ke Malaysia.
Kita juga sebenarnya boleh mengaktifkan sendiri kad kredit atau kad debit menggunakan internet banking seperti di CIMB Clicks dan Maybank2u.
25.Periksa cuaca negara yang kita lawati jika negara tersebut mempunyai 4 musim. Lihat berapa suhu yang di jangkakan di laman web ramalan cuaca kerana ia memberikan kita signal berjaga-jaga.
26.Sebelum menempah tiket kapal terbang lihat samada negara yang anda lawati itu sedang di dalam tarikh cuti awam , cuti kemerdekaan atau apa-apa event yang mereka ada. Sebagai contoh jika kita ke Vietnam ketika hari kemerdekaan negara mereka sedangkan waktu itu kita mahu memborong pakaian.Kita rugi kerana kedai yang dibuka sangat kurang sebab peniaga masih bercuti dan jika ada sekalipin kita mungkin terpaksa membayar lebih kerana tidak banyak pilihan yang ada.
27.Semak status perjalanan kita dengan imigresen sebelum ke mana-mana. Kalau ada hutang tertunggak dengan kerajaan cukai seperti cukai pendapatan atau PTPTN semak dulu di laman web imigresen.
28.Ketika di lapangan terbang, jangan sekali-kali meninggalkan bagasi kita tanpa sebarang pengawasan. Jangan juga kita terlalu baik hati memberi pertolongan menjaga beg orang lain yang tidak kita kenali kerana jika ada barang terlarang silap haribulan anda merengkok dalam penjara.
29.Sediakan duit secukupnya untuk sepanjang anda berada di luar negara samada di tangan atau di dalam akaun. Duit perbelanjaan keluarga dan kad ATM  juga harus di peruntukkan jika kita pergi bukan dengan famili.Bila kita tinggalkan keluarga dengan duit yang mencukupi hati kita rasa senang.
Kesemua 29 tips penting sebelum melancong di atas memang menjadi persediaan saya sebelum pergi bercuti ke mana-mana. Ia memudahkan kita memastikan semua perkara penting telah di lakukan supaya percutian  berjalan dengan lancar






tudung tudung tudung






TUDUNG DI BUAT DARI JENIS KAIN CHIFFON YANG BERMUTU TINGGI
JOM BELI UNTUK DI PAKAI RAYA NANTI...
JOM BELI BORONG RM39 SEHELAI AJE
JIKA AMBIL 10 HELAI 
JIKA AMBIL SEHELAI RM49

SAYA DAH JUAL LEBIH 600 HELAI - SENANG NAK JUAL
JOM JUAL TUDUNG
CANTIK BERGAYA BILA DI PAKAI
CANTIK & MANIS SEKALI


WASSAPP KAK PAH YE 01115202835


3 HARI 2 MALAM HATYAI MARCH 2016

HATYAI 3H2M
HARI PERTAMA - JUMAAT 11HB MAC 2016
Berkumpul dan pendaftaran peserta pada jam 11.45 malam.
11.59PM - Bas bertolak.
HARI KEDUA - SABTU 12HB MAC 2016
6.00am - Sembahyang subuh dan bfast di RNR GURUN
9.00am - Berada Imigresen di sempadan Bukit Kayu Hitam.
11.00am- melawat kilang Madu
12.00pm- membeli belah di Nora leather Plaza
1.00pm- membeli dan melawat Kilang kacang Gajus
2.00pm - Makan tengah hari di restoren terpilih.
3.00pm - Hotel check in di Hatyai
3.30pm - Mandi dan solat/berehat
AKTIVITI BEBAS.
HARI KETIGA - AHAD 13HB MAC 2016
7.30am - Sarapan pagi
9.00 am - MAGIC EYE 3D Museum
1.00pm - Ke Shamila Beach, Songkla (Patung ikan Duyung yg terkenal)
3.00pm - Ke Chang Puak Camp utk merasai pengalaman menaiki gajah atau ATV (bertiket)
4.00pm - Ke Hatyai DREAMLAND (bertiket)
6.00pm - Ke floating market
8.30pm - Balik ke hotel
9.00pm - Makan malam.
~Aktiviti bebas.
HARI KEEMPAT - ISNIN 14HB MAC 2016
7.00 am - Sarapan pagi (sendiri)
8.00 am - Shopping di Pasar pagi (pergi dan balik kena naik tut tut)
11.30am - Kembali ke hotel bersiap utk check out.
12.00pm - Check out.
1.00pm - Berada di Imigresen Malaysia/Thailand, Bukit Kayu Hitam.
3.00 pm - Bertolak dr Bkt Kayu Hitam.
11.30pm - Dijangka sampai di KL
Pakej di atas termasuk bas persiaran pergi balik dr KL, penginapan dua (2) malam Hotel di Hatyai, insurance, tips, tourist guide, kastam/imigresen clearance,
Tour ke Pantai Songkla, floating market dan lain2 tempat yg dinyatakan di atas.
Rombongan akan bertolak dr TBS
(Makan/minum dan b/fast serta SEMUA tiket masuk ke tempat hiburan TIDAK DISEDIAKAN).
- Penginapan hotel bertaraf 3 bintang di Hatyai, Thailand.
- Penginapan hotel sebilik untuk 2 org.


JIKA NAK BUAT GROUP 1 BUS DI ALU ALUKAN ....
42 SEAT - 42 ORANG TETAMU

WASSAP KAK PAH 01115202835

TRIP KE HATYAI KERJASAMA DENGAN SRIWA  TRAVEL & TOURS SDN BHD...

Tuesday, 9 February 2016

AZLAN TRAVEL & TOURS SDN BHD - TN 33 - 1 JALAN BBSE 2, BANDAR BARU SIMPANG EMPAT, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA , MALAYSIA

salah satu bilik untuk saya dan isteri  berurusan dengan tetamu
cuti cuti malaysia  & urusan tempahan tiket & hotel seluruh dunia
segala pertanyaan sila wassap kami

01115202835 puan hatifah
0125892188 en azlan






Thursday, 4 February 2016

3 hari 2 malam pulau langkawi rm299 seorang - 42 seat bus ekpress - JOM SHOPPING KE LANGKAWI PULA...

4 HARI 2 MALAM LANGKAWI PULAU LAGENDA 

HARI PERTAMA
BERKUMPUL DI PEJABAT SAYA - ALOR GAJAH MELAKA
8 MALAM BERTOLAK 

HARI KE DUA
SINGGAH MANDI DAN SOLAT DI R&R GURUN
SARAPAN PAGI - PERBELANJAAN SENDIRI
NAIK FERI 
TIBA DI KUAH LANGKAWI
WAKIL KAMI AKAN DATANG JEMPUT TETAMU
NAIK BUS
CHECK IN PENGINAPAN
1 JAM UNTUK BEREHAT & LETAK BAG DALAM KAMAR
NAIK BAS SEMULA
KILANG MEMPROSES MINYAK GAMAT
MEMBELI BELAH DI IDAMAN SURI
MEMBELI BELAH DI HJ ISMAIL
MAKAN MALAM - PERBELANJAAN SENDIRI
(SESIAPA YANG TAK NAK SHOPPING BOLEH NAIK BOAT PUSING PULAU PULAU DENGAN BAYARAN RM30 SEORANG) 


HARI KE TIGA
SELEPAS SARAPAN PAGI - DI SEDIAKAN OLEH PIHAK CHALET
AKURIUM LANGKAWI - BERTIKET
NAIK CABLE CAR - BERTIKET
MAKAM MAHSURI - BERTIKET
PASAR MALAM
MAKAN MALAM - PERBELANJAAN SENDIRI


HARI KE EMPAT
SELEPAS SARAPAN PAGI
CHECK OUT JAM 8 PAGI
BERGAMBAR RAMAI2 
NAIK FERI
MAKAN TENGAH HARI DI PADANG BESAR
SINGGAH DI BAGAN MEMBELI JERUK PAK ALI
PULANG KE MELAKA DENGAN SERIBU KENANGAN MANIS ...

JADUAL DI ATAS TERTAKLUK KEPADA MASA - MAKLUM AJELAH ROMBONGAN CIK KIAH .... 

RM299 SEORANG DAH TERMASUK DALAM PAKEJ:

  1. BUS  BERHAWA DINGIN
  2. PEMANDU PELANCONG 2 ORANG
  3. PENGINAPAN 1 CHALET 5 ORANG DEWASA
  4. 2X SARAPAN PAGI
  5. FERI PERGI & BALIK
TIDAK TERMASUK DALAM PAKEJ:
  1. TIKET LAWATAN
  2. PAKEJ MAKAN SIANG
  3. PAKEJ MAKAN MALAM
JIKA BERMINAT SILA PILIH TARIKH ANDA 
YANG PENTING BUS 42 SEAT 
DEPOSIT CUMA RM500 TANDA JADI
SEBULAN SEBELUM BERANGKAT BARU BAYAR PENUH UNTUK TEMPAHAN PENGINAPAN & BUS 
HARAP MAKLUM... TERIMA KASIH 
WASSAP PUAN HATIFAH 01115202835
EN AZLAN 0125892188

JOM CUTI CUTI MALAYSIA ...

TETAMU ROMBONGAN AKAN BERGAMBAR BERAMAI2 DI SINI
INSYALLAH

Wednesday, 3 February 2016

3 HARI 2 MALAM - FREE & EASY BANDAR HO CHI MINH VIETNAM - TINGGAL KENANGAN 31JANUARY HINGGA 2 FEB 2016 - JUST FOR SHOPPING RAYA

TENGOK TU BESAR KAN BUAH LONGAN NYA
SEKILO RM20
PUAS MAKANNNNN
SEDAP MANIS


KAIN COTTON VIETNAM
BIDANG 60 INCI
NAK BUAT BAJU KURUNG 3.5 METER DAH CUKUP DAHHHH

NAIK BUS NO 1 BUS WARNA BIRU
TERUS TURUN DEKAT CHINA TOWN
SINI LAH BARANG2 MURAH
TAMBANG BUS CUMA 5RIBU AJE
LBH KURANG RM1 DUIT KITA

MERATA2 ORANG JUAL TUDUNG NEOLOFAR
SEMUA ADA TAG BESI & PLASTIK NEOLOFAR HIJAB
APA LAGI BORONG LAH UNTUK RAYA







DAH DATANG SINI RUGI PULAK RASANYA TAK URUT KAKI
TP LAIN KALI SERIK LAH NAK BUAT LAGI
BUDAK TU MINTAK TIPS LAH PULAK
BUAT TAK LAYANNNN AJE
BAYAR TERUS KELUAR
MINAH TU JELING LAHHH

14 BAG JENUH NAK ANGKUT NAIK TEKSI KE AIRPORT
NASIB BAIK PEKERJA HOTEL XAVIER TU BAIK BETUL....
MUKA SENYUM 24 JAM
ALHAMDULILLAH NAIK TEKSI KENA 160K DONG
LEBIH KURANG DUIT KITA RM30 - TEKSI VINASUN - LEBIH KURANG MACAM INNOVA
BESAR & SELESA


KALI NI SERONOK JALAN JALAN FREE & EASY AJE KE BANDAR HO CHI MINH
BELI TIKET PESAWAT & TEMPAH HOTEL 2 MALAM DI AGODA
JANJI DAPAT JALAN JALAN CARI MAKAN
DAN SHOPPING BAJU RAYA UNTUK FAMILI
SAMPAI SANA APA LAGI
MEMANG SERONOK SANGAT LAH...
SEMUA MURAH2
KECUALI MAKAN MAHAL LAH JUGAK
BAYANGKAN NASI LEMAK RM10
BELUM MASUK AIR LAGI
SEHARI MAKAN SEKALI AJE
WAKTU MALAM MINUM KOPI AIS DENGAN BUAH2AN AJE
KOPI AIS TERSEDAP DI DUNIA
KOPI VIETNAM LAH RM3 AJE
SEKALI RASA PASTI TAK PUAS...


3 PERKARA DI LARANG APA BILA ANDA BERADA DI VIETNAM
PERTAMA JANGAN SESEKALI BERI MEREKA POLISH KASUT KITA....
MEREKA CAKAP 40DONG
BILA DAH SIAP MEREKA MINTA 400 DONG
LAGI SATU JANGAN SESEKALI NAIK BECA DI SANA... SANGAT BAHAYA
MEREKA BAWA TEMPAT GELAP & ROMPAK
SERAM KAN? TAPI INI KENYATAAN
LAGI SATU JANGAN URUT DI MANA MANA SPA
MEREKA MINTA TIPS
SEKIAN TERIMA KASIH...

TIPS BERGUNA DARI AZLAN TRAVEL & TOURS SDN BHD


3 hari 2 malam kota kinabalu sabah - minimum 6 orang rm550 seorang - 2016 - jom cuti cuti malaysia :)

HARI PERTAMA
TIBA DI AIRPORT KOTA KINABALU SABAH
WAKIL KAMI AKAN DATANG JEMPUT TETAMU
CITY TOUR
MELAWAT MUZIUM NEGERI
SIGNAL HILL
PANTAI TANJUNG ARU
MASJID TERAPUNG LIKAS
BANGUNAN YAYASAN SABAH
CHECK IN HOTEL

HARI KEDUA
JEMPUT TETAMU DI HOTEL
KINABALU NATIONAL PARK
MALAYSIA FIRST WORLD HERITAGE SITE
RUMAH TERBALIK
JAMBATAN GANTUNG TAMPALURI
PASAR NABALU
PORING HOT SPRING
KAMPUNG LUANTI - SPA FISH
PASAR TANI KUDASANG
DAIRY FARM
KINABALI NATIONAL PARK

HARI KE TIGA
CHECK OUT
MEMBELI BELAH DI JAMILAH JEWELERY
FHILIPINO MARKET - BELI BELAH MUTIARA SABAH
FISH MARKET - MEMBELI BARANGAN FROZEN 
PENGHANTARAN PULANG TETAMU KE AIRPORT
TAMAT

3 HARI 2 MALAM RM550 SEORANG DAH TERMASUK

  1. TRANSPORT
  2. DRIVER
  3. PENGINAPAN 2 MALAM DI KOTA KINABALU SABAH
TIKET LAWATAN
PAKEJ MAKAN
BAYAR SENDIRI 

TIKET PESAWAT MALINDO AIR ATAU AIRASIA SAYA TOLONG BELIKAN...
SEMOGA PERCUTIAN ANDA AKAN MENJADI KENANGAN TERINDAH DI DALAM MEMORY HIDUP ANDA...

JANGAN LUPA BAWALAH ORANG TERSAYANG BERCUTI ....
01115202835 PUAN HATIFAH
0125892188 ENCIK AZLAN