Saturday 7 March 2015

PERCUTIAN KE MEDAN 4 HARI 3 MALAM RM1080 SEORANG / MINIMUM 4 ORANG DEWASA

Hari 1 : MEDAN – PARAPAT
 ( M. Tengahari/ M. Malam )

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia,  anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke restoran tempatan untuk menikmati makan tengah hari. Kemudian anda terus dibawa ke hotel penginapan untuk check-in.  Selepas itu kami membawa anda ke Parapat, Danau Toba yang merupakan antara danau volkanik yang terbesar di dunia melalui Tebing Tinggi. Perjalanan ke Parapat diteruskan dan check-in di hotel penginapan selepas tiba. Makan malam disediakan di hotel penginapan.


Hari 2 : DANAU TOBA - BERASTAGI
(Sarapan/M. Tengahari/ M. Malam)

Selepas sarapan pagi di hotel dan check-out, anda akan dibawa melawat Pulau Samosir untuk melihat budaya dan kehidupan suku kaum Batak. Kemudian ke Perkampungan Ambarita sebelum pulang ke Parapat dan makan tengah hari di restoran tempatan. Pada petangnya, anda akan ke Berastagi yang terkenal dengan tanaman pelbagai jenis bunga, sayuran dan buah-buahan. Anda akan dibawa berehat sebentar di Pergunungan Simarjunjung dan Perkampungan Tongging untuk melihat Air Terjun Sipiso Piso setinggi 120 meter. Perjalanan diteruskan ke Berastagi dancheck-in hotel  di Berastagi. Makan malam disediakan di hotel penginapan.


Hari 3 : BERASTAGI – MEDAN
(Sarapan/M. Tengahari/ M. Malam)

Selepas sarapan pagi, anda akan di bawa melawat Pergunungan Gundaling untuk melihat pemandangan Gunung Sinabung dan Sibayak. Selepas membeli belah di pasar bunga dan buah-buahan tempatan, anda akan dibawa ke Medan melalui Resort Sembahe. Setibanya di Medan, anda akan ke Mary’s Shrine Annai Velangkanni, Mesjid Raya dan Istana Maimoon. Kemudian anda akan dibawa check-in ke hotel penginapan di Medan. Aktiviti bebas pada waktu malam.


Hari 4 : MEDAN
(Sarapan)

Selepas bersarapan dan check-out dari hotel penginapan, anda dibawa membeli-belah dan berjalan-jalan di Medan dan sekitarnya sehinggalah 2 jam sebelum waktu penerbangan pulang anda ke Malaysia.

RM1080 SEORANG 
  1. TIKET PENERBANGAN AIRASIA 
  2. BAGASI
  3. PENGINAPAN 1 MALAM DI MEDAN
  4. PENGINAPAN 1 MALAM DI BRESTAGI
  5. PENGINAPAN 1 MALAM DI PARAPAT
  6. SARAPAN PAGI DI HOTEL
  7. PAKEJ MAKAN SIANG & MALAM
  8. TIKET LAWATAN
AIRPORT TAX
TIDAK TERMASUK DALAM PAKEJ INI

JIKA BERMINAT SILA BUAT  TEMPAHAN ANDA
AZLAN 0125892188
HATIFAH 01115202835