Tuesday, 7 August 2018

makanan yang BOLEH & TAK BOLEH di bawa ke PERTH AUSTRALIA

Makanan yang BOLEH dibawa:

  • Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi yang berperisa ayam, kari, vegetarian dsb. 
  • Ikan sardin/tuna dalam tin
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih)
  • kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (jenama ni amat femes kat sana)
  • ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco ataupun Giant)
  • beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur
  • Nescafe / tea 3-in-1 (yang ni aku baru tau sebab takde susu, hanya guna non-dairy creamer)
  • Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil
  • ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) oleh doktor. Panadol atau balm boleh bawak
  • rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco ataupun Giant
Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:



  • serunding daging/ayam
  • bahan makanan yang mengandugi telur
  • hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis dsb
  • minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1)
  • buah-buahan
  • rempah ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belom dikisar
  • daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini.