Masa musim Sejuk di Korea : Lewat November – Awal Mac
Kebiasaan Suhu Musim Sejuk di Korea : -3°c hingga -9°c.
Pada musim ini, salji di Korea Selatan tidak begitu tebal. Aktiviti yang sesuai dilakukan pada musim sejuk adalah Ski dan bermain bola salji.
Pada musim sejuk juga, antara pakaian yang sesuai digunakan adalah :
Winter Coat ( berhood )
Glove ( Sarung tangan )
Muffler
Penutup telinga
Kasut bertutup (but musim sejuk )
Stoking
Down Jacket
Masa musim Bunga di Korea : Pertengahan Mac – lewat Mei
Suhu : 8°c hingga 20°c
Pada musim ini, anda akan dapat melihat kecantikan bunga sakura yang terdapat di sana. Suhu juga tidak begitu panas dan juga tidak begitu sejuk serta sangat selesa untuk berjalan-jalan bagi menikmati keindahan kota Korea. Antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi pada musim ini adalah Lotus Lantern Festival dan Pesta Musim Bunga serta The Jeju Canola Flower Festival yang diadakan di Pulau Jeju.
Antara pakaian yang sesuai digunakan adalah :
Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya
Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
Kasut – Bertutup.
Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.
Masa musim Panas di Korea : Jun – September
Suhu : 24°c hingga 28°c
Ramai diantara kita mungkin berfikir bahawa percutian pada musim panas tidak menarik, tetapi tahukah anda bahawa di Korea terdapat aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sana. Musim panas di Korea merupakan musim untuk bersantai. Untuk pengetahuan anda, banyak acara pantai diadakan. Antara aktiviti pantai yang boleh dilakukan adalah rafting, flyfish rides, bungee jumping dan Wind Surfing.
Pakaian pada musim Panas :
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya. Lengan pendek memadai. Jika lengan panjang fabrik nipis.
Seluar – Pendek atau panjang fabrik tidak tebal.
Kasut – Selipar atau sandal pun sudah cukup.
Masa musim Luruh di Korea : September – November
Suhu : 25°c hingga 15°c
Musim Luruh juga dikenali sebagai musim yang romantik kerana anda akan dapat melihat pemandangan yang indah disebabkan daun yang kekuningan serta daun-daun berguguran seperti karpet di lantai. Beberapa festival yang dianjurkan pada musim ini adalah seperti Festival Gingseng, Festival Kembang Api dan Festival Kimchi. Kemudian, pada bulan Oktober pula banyak sambutan Haloween diadakan. Selain itu, Nami Island juga adalah salah satu tempat yang menarik untuk anda kunjungi pada musim kali ini.
Pakaian pada musim Luruh :
Jacket – Perlu kerana suhu pada musim ini adalah sejuk.
Sweater – Jika dibawa bersama lebih bagus.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang lebih sesuai.
Sarung Tangan – Yang tidak tertalu tebal memadai.
Kasut – Bertutup lebih sesuai.
Stoking – Perlu kerana cuaca pada waktu ini dingin.
Jadi Lengkaplah Panduan 4 Musim Di Korea. Pilihlah musim apa yang anda ingin rasai. Lakukan persediaan lengkap sebelum ke sana. Selamat Bercuti! - copy & paste dr blog kenalan saya
Dapatkan pakej murah ke korea.
Azlan Travel & Tours Sdn. Bhd. (azlan 0125892188 hatifah 01115202835)
Pakej korea
5 hari 4 malam rm2699
jika 30 pax private bus
jika kurang kita guna public transport - subway - bus - enjoy sangat tetapi tak sesuai untuk warga emas & bayi