Friday, 27 January 2017

selamat bercuti & berhati hati di jalan raya -

Jika dalam perjalanan balik kampung, saya doakan semoga selamat sampai ke destinasi.

Waktu ni semua highway, stesen bas, keretapi dan airport penuh dengan orang. Berhati- hati semasa memandu dan sila jaga semua barangan berharga.

Pengalaman saya sewaktu travel, pastikan barangan paling bernilai sentiasa ada berhampiran dengan kita.

Jika sedang berfacebook dan berwhatsapp, pastikan beg sentiasa diikat dekat tangan atau kaki agar jika ada orang cuba buat sesuatu yang buruk, kita cepat-cepat sedar.

Pada yang memandu, mohon sangat jangan gunakan telefon bimbit. Ingat lah keluarga tersayang dan jalan raya juga hak milik pemandu yang lain.

Akhir kata, selamat bercuti dan manfaat masa cuti sebaik-baiknya.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤