Wednesday, 16 December 2015

percutian ke lombok indonesia - pulau gili terawangan - 13 hingga 16 hb december 2016 - cantik sungguh ciptaan allah - kaya dengan hasil kain tenunan & mutiara terbaik dari lombok - nak ke lombok lagi - insyallah

4 HARI 3 MALAM BERCUTI KE LOMBOK INDONESIA...

lombok sesuai untuk - bercuti - berehat & berbulan madu
lombok sebuah pulau yang besar terbahagia kepada 3 - lombok tengah - lombok timur - lombok barat
penduduknya 90% adalah orang islam
10%  penduduk beragama hindu & china

antara pekerjaan orang lombok - petani - penternak - nelayan - menenun kain & mutiara
untuk membeli belah murah biasanya di pantai kuta & pantai ann - kerana mereka menjual tanpa ada kedai - mereka membawa barangan dagangan duduk di tepi pantai - sekiranya mau membeli ole ole seperti kain tenunan & mutiara serta tshirt lombok silakan beli dgn penduduk kampung di pantai kuta & pantai ann


jom lihat foto foto saya semasa bercuti ke LOMBOK INDONESIA - seronok enjoy, relax, makan enak , penginapan selesa, sarapan sedap, layanan kaki tangan semua nya ok, alangkah seronoknya ketika di sana skrng musim buah mangga harum manis.... tak lepas kan peluang untuk makan buah durian belanda , murah sangat, sebiji baru rm1 sahaja, apa lagi kami makan sepuas2nya.... buah harum manis 3 kilo baru rm12, manis sekali.... 

walaupun musim cuti sekolah tiket pesawat sangat mahal... tapi kami sangat berpuas hati bercuti ke lombok indonesia ... kalau ada umur panjang ingin saya ke sana lagi.... insyallah...


selamat datang ke lombok - airport lombok 

hotel 3*
puri saron segigi
penginapan kamar bulan madu
4 hari 3 malam
sarapan yang enak sekali
kamar yang luas dan nyaman
berada di tepi pantai

KAMAR NYA LUAS - BERSIH & SELESA SEKALI
ALHAMDULILLAH 33X



PANTAI ANN
PASIRNYA PUTIH & HALUS
CANTIK SUNGGUH CIPTAAN ALLAH

PERKAMPUNGAN SADE
KEHIDUPAN MEREKA MENENUN KAIN


KEADAAN RUMAH ORANG SADE
LANTAI NYA DI BUAT DARI NAJIS  KERBAU AGAR TAHAN LASAK




PANTAI KUTA
PANTAINYA BERSIH & TENANG



PANTAI KUTA
JIKA INGIN MEMBELI TSHIRT & KAIN TENUNAN
BELI LAH DENGAN PENDUDUK DI SINI
MEREKA TAK SEWA KEDAI
JADI HARGA YANG DI TAWARKAN JAUH LEBIH MURAH
SAMBIL ITU TOLONG PENDUDUK TEMPATAN DI SITU
MEREKA HIDUP SUSAH

KAMI BERMALAM DI SINI SELAMA 4 HARI 3 MALAM
SUASA HOTEL YANG MEWAH - DI TEPI PANTAI - SARAPAN YANG ENAK
ALHAMDULILLAH - ADA UMUR PANJANG ADA REZEKI SAYA NAK DATANG MENGINAP DI SINI LAGI
RELAX & SANTAI

SALAH SATU TEMPAT LAWATAN
PURA - TEMPAT PUJA PUJA PENDUDUK HINDU DI SANA
SEPERTI TANAH LOT DI BALI


BERGAMBAR DI GILI TRAWANGAN
SEBUAH PULAU KECIL
HARUS NAIK BOAT KE SANA
LEBIH KURANG 15 MINIT SAHAJA SUDAH SAMPAI
NAIK KERETA LEMBU PUSING2 45 MINIT RM45 LEBIH KURANG UNTUK 2 ORANG
ALHAMDULILLAH LIHAT LIHAT PENDUDUK DI SANA SAMBIL AMBIL FOTO KENANGAN


BUAIAN ANTARA SALAH SATU TEMPAT YANG MENARIK DI PULAU GILI TRAWANGAN

SEMASA NAIK BOAT LAJU KE GILI TERAWANGAN
PEMANDANGAN CANTIK
PRIVATE BOAT CUMA NAIK 5 ORANG SAHAJA





HARUS NAIK BOAT UNTUK SAMPAI KE GILI TRAWANGAN
LEBIH KURANG 15 MINIT NAIK BOAT LAJU


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA
PUAN AIDA AZWA AZHARI
DARI SEREMBAN


BERGAMBAR KENANGAN DI TEPI PANTAI
GILI TRAWANGAN
SEBUAH PULAU KECIL YANG RAMAI PENGUNJUNG NYA
DI SINI SAYA NAIK KERETA KUDA DAN MAKAN SIANG SAMBIL SANTAI SANTAI AJE

NAIK KERETA KUDA
PUSING PUSING 45 MINIT PULAU GILI
CANTIK PEMANDANGAN NYA TAPI JALAN TAK RATA
DENGAN BAYARAN 1500K RUPIAH ( LEBIH KURANG RM45 ) BERDUA 


DI BELAKANG TU NAMPAK 3 GILI
TAPI CUMA PERGI DI GILI TRAWANGAN SAHAJA



DI SINI RAMAI ORANG MENJUAL MUTIARA
MURAH DARI YANG KEDAI KERANA MEREKA TAK PERLU SEWA KEDAI

PERJALANAN MENUJU KE JETI UNTUK KE GILI TRAWANGAN
BERHENTI SEKETIKA UNTUK MENGAMBIL FOTO KENANGAN



KEANEHAN TASEK INI
SUDAH BANYAK KALI INGIN MENGUKUR BERAPA DAPAT TASEK INI TIDAK BISA KATANYA
KERANA TERLALU DALAM
BERAPA PANJANG BAHAN UNTUK DI UKUR AKAN GHAIB BEGITU AJE
ITU LAH MISTERINYA
SAMPAI KINI TAK TAHU BERAPA DALAM TASEK INI
TASEK INI ADA BUAYA PUTEH YANG MENJAGANYA
CERITA DARI PENDUDUK DI SITU