Saturday, 11 April 2015

TIPS BERCUTI KE PULAU LANGKAWI

9 - 11 APRIL 2015
SAYA BERCUTI KE PULAU LANGKAWI ...
UNTUK BEREHAT .... bersama isteri & anak2 tersayang...
SAYA INGIN BERKONGSI PENGALAMAN SEMASA DI SANA... TIPS INI SANGAT BERGUNA UNTUK ANDA KETIKA BERCUTI DI PULAU LANGKAWI...


  1. BARANGAN PINGGAN MANGKUK & MINYAK WANGI MURAH DI RAMS DEKAT DENGAN PEKAN RABU LANGKAWI DEKAT DENGAN PEKAN KUAH
  2. CHOCOLATE MURAH DI SEBELAH UNDERWATER WORLD PANTAI CENANG...
  3. MAKAN SEDAP DAN MURAH SELERA KAMPUNG ADA IKAN BAKAR DI DEPAN UNDERWATER WORLD LANGKAWI..
  4. TERDAPAT BANYAK PERUSAHAAN GAMAT.. TETAPI YANG TERBAIK BELI LAH DI WARISAN SALJU..PERUSAHAAN TERTUA DI LANGKAWI...
  5. MAKAN KUEW TIAW KETAM SEKOQ DI DEPAN GIAT MARA LANGKAWI / MASAKAN DARI BEKAS CHEF YANG BERPENGALAMAN 13 TAHUN
  6. LAKSA IKAN SEKOQ DI AREA LAPANGAN TERBANG MENUJU KE PANTAI CENANG RM5 SAHAJA TERSANGAT LAH SEDAP
  7. PUSING2 PULAU RM25 SEORANG DEWASA RM15 KANAK KANAK DI AB MOTEL.. TEMPAT2 LAIN RM30 SEORANG 
  8. SEWA KERETA DI SANA MURAH 48 JAM RM120 SAHAJA / KIA PICANTO @ VIVA AUTO PANDU SENDIRI / HUBUNGI PAK LANG DI TALIAN 012-4257856 / KERETA BARU & MESRA PELANGAN..

PERTAMA
CARI TAMBANG MURAH..
KL-LANGKAWI NAIK AIRASIA
RM39 SEORANG PERGI & BALIK
SAYA TAK AMBIL BAGASI...
TAK SHOPPING PON..
BELI CHOCOLATE UNTUK ANAK2
DAN MINYAK GAMAT...
NAK BEREHAT SAHAJA DI PULAU


jangan lupa pusing 3 pulau di langkawi
dengan tiket rm25 seorang selama 4 jam
tasek dayang bunting
pulau beras basah
pulau singa besar
pulau2 tersangat lah cantikkkk
indahnya ciptaan allah...







semasa di underwater world langkawi
jangan lupa menikmati aiskrim yg di masak diatas kuali
rm10 untuk 6 gulong
saya beli perasa manga
nyummmmmy sungguh sedap sekali


pemandangan dari kamar..
waktu senja
indah sungguh ciptaan ALLAH


penginapan kami selama 3 hari 2 malam
di AB MOTEL
rm180 semalam kamar mengadap pantai cenang
cantik bersih & mendamaikan


antara tempat tempat makan yang harus di lawati
ketika berada di langkawi
jom pekena laksa kaw ikan sekoq rm5 sepinggan
murah & sangat sedap
sekali rasa pasti nak lagi... :)

kuew teow ketam sekoq rm35 sepinggan
sedapppp nyer sehingga menjilat jari...
jangan lupa cuba bila anda ke sana nanti...

BUDJET UNTUK 3 HARI 2 MALAM BERCUTI DI LANGKAWI
  1. 48 JAM KERETA SEWA RM120 ( 4 ORANG TETAMU )
  2. PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM KAMAR FAMILI DI AB MOTEL CHALET PANTAI CENANG RM360
  3. SARAPAN PAGI RM5 SEORANG / 2X SARAPAN PAGI
  4. MAKAN T.HARI RM7 SEORANG / 2X MAKAN SIANG
  5. MAKAN MALAM RM10 SEORANG / 2X MAKAN MALAM
  6. PUSING 3 BUAH PULAU RM25 SEORANG 
ANGGARAN UNTUK SEORANG 3 HARI 2 MALAM RM167 SAHAJA... TIDAK TERMASUK SHOPPING & TIKET LAWATAN KE TEMPAT2 LAWATAN LAGI..

RANCANGLAH CUTI CUTI MALAYSIA ... BERSAMA FAMILI TERSAYANG...


ANTARA TEMPAT TEMPAT LAWATAN DI PULAU LANGKAWI
  1. MAKAM MAHSURI & PERIGI MAHSURI
  2. BERAS TERBAKAR
  3. CABLE CAR ( TERPANJANG DI DUNIA )
  4. 5D MAGIC ART
  5. PUSING 3 PULAU
  6. UNDERWATER WORLD
  7. PEKAN KUAH / JETTY BEBAS CUKAI
  8. DATARAN LANG
  9. HJ ISMAIL GROUP
  10. IDAMAN SURI
  11. RAMS WHOLESALE 
  12. DAN LAIN LAIN LAGI... SELAMAT BERCUTI KE PULAU LANGKAWI... :)
HATI MESTI MAU BAIK... BARU HIDUP AKAN SENTIASA TENANG... 

SAYA KONGSI BERSAMA SAMA ANDA PERCUTIAN SAYA & FAMILI KE LANGKAWI.. PERCUTIAN YANG SUNGGUH MENARIK 3 HARI 2 MALAM 
0125892188 & 01115202835
jika nak tau lebih detail blh whatsapp saya
untuk jalan jalan sendiri ke pulau langkawi...