Sunday 25 November 2012

PAKEJ TERISTIMEWA BANDUNG 5 HARI 4 MALAM RM1280 SEORANG

Pakej ini adalah pakej istimewa untuk 5 hari 4 malam termasuk tambang kapalterbang, sarapan pagi,makan tengahari ,makan malam,pengangkutan beserta pemandu,penginapan di hotel selama 5 hari 4 malam,tiket kemasukan ke Tangkuban Perahu,tiket kemasukan ke kawah Putih.Yang tidak termasuk dalam pakej ini ialah airport tax.Minimum untuk pakej ini adalah 4 orang.Kami tidak akan mencampurkan anda dengan group yang lain semata mata untuk membuat keuntungan.

Berikut di berikan itinerary untuk pakej istimewa ini secara ringkasnya:-

Hari Pertama

Pihak kami akan menjemput anda dan rombongan anda sebaik saja mendarat di lapangan terbang Jakarta.
Anda dan rombongan akan dibawa melawat sekitar bandar Jakarta dan Bandung.Seterusnya makan di D'Cost.Disini anda bolih menikmati makanan seafood. Selepas makan check in di hotel Marciella atau setaraf dengannya (Budjet hotel).Anda juga bolih buat pilihan untuk tidur di Jakarta saja kerana kadang kala
masalah kesesakan di Jakarta akan mengambil masa yang lama untuk sampai di Bandung akan membuat anda keletihan.

Pesawat yang anda naiki untuk ke Bandung.
Makanan untuk muslim disediakan
Luggage 23 kgs

Rumah Ikan atau D'Cost
Bila makan mutunya seperti 5 bintang
 bila bayar harganya serupa di kaki Lima


Sakura Guest House
Baru renovate, bersih dan selesa.
Sarapan pagi disini juga enak.
Hotel Marciella
Baru renovate
Pemandangan yang cantik
Pelancong asing ramai yang suka mengina

Hari Kedua

Selepas sarapan pagi anda dan rombongan akan dibawa ke Tangkuban Perahu dimana anda akan menikmati permandangan permandangan yang menakjubkan. Kemudian makan tengahhari di kampung Daun. Selepas kenyang makan, ayuh kita pergi shopping di Dago factory outlet.

Tangkuban Perahu

Kampung Daun

salah satu factory outlet di Dago

Hari ketiga


Membeli belah di Pasar Baru. Makan di Food Courtnya. Anda dan rombongan juga akan dibawa di kawasan sekitarnya. Rasanya dalam masa sehari pun tidak cukup masa untuk membeli belah disini.Kami
akan membawa anda di tempat tempat yang mana anda bolih beli barang barang seperti kain sulam,telekung dan sebagainya.Khasnya untuk mereka yang berminat untuk berniaga kami akan bawa anda di tempat dimana anda bolih dapatkan dengan harga yang murah.Ada dikalangan pelanggan kami yang membeli kain sulam untuk dijual di Malaysia.Sekejap saja kain itu habis dan setelah dikira untung hasilnya perbelanjaan yang ke Bandung tadi dikira percuma saja.


Pasar Baru


Hari keempat

Lawatan ke kawah Putih untuk menikmati permandangan yang indah dan menakjubkan.Kemudian beli belah di Riau factory outlet.

Kawah Putih

Salah satu factory Outlet di Jalan Riau, Bandung

Hari kelima

Beli ole-ole di Amanda, kartika Sari dan makan di Bali Heaven,
Dan seterusnya penghantaran pulang anda dan rombongan ke lapangan terbang Jakarta.

Brownies kukus yang bolih didapati di Amanda

Antara ole ole yang bolih didapati di Kartika Sari

Pakej ini juga tertakluk kepada kekosongan tempat kapalterbang dan juga hotel.Kadang kadang di musiim
perayaan  atau tahun baru kadarnya dinaikkan. Anda cadangkan kepada kami tarikh hendak ke Bandung.Kami akan semak samada ada kekosongan hotel dan kapalterbang.Jika ada kekosongan bermakna anda dan rombongan anda akan ke Bandung.

Berminat sila hubungi :  012-5892188 (AZLAN AHMAD)
                                    016-4082835 (NORHATIFAH ZAHAR)  atau
                     email   : azlanbandung@yahoo.com.my

Wednesday 21 November 2012

HOTEL MARVELLA, BANDUNG





HOTEL MARVELLA MEMPUNYAI
KAMAR TIDUR YANG BERSIH & SELESA SERTA PEMANDANGAN YANG CANTIK.. RAMAI PELANCONG ASING SUKA MENGINAP DIHOTEL INI KERANA BERHAMPIRAN DENGAN FACTORY OUTLET

PAKEJ HARGA ISTIMEWA BANDUNG 5 HARI 4 MALAM RM950 SEORANG

Pakej ini berjalan setiap hari dengan harga RM950 seorang dengan syarat minimum ada 4 orang.
Pakej ini termasuk tambang penerbangan, penginapan hotel di Bandung, pengangkutan serta pemandu,tiket ke Tangkuban Perahu dan sarapan pagi di hotel selama 5 hari 4 malam..Pakej ini tidak termasuk makan tengahari, malam dan airport tax. kami akan menjemput anda di Lapangan terbang Jakarta dan juga menghantar pulang di lapanganterbang Jakarta. Pakej ini juga tertakluk kepada kekosongan kapalterbang dan harga hotel (kadang-kadang musim perayaan/peak season kadar sewa dinaikkan)

 Berikut diberi itinerary secara ringkas untuk Pakej tersebut:-

Hari Pertama
  • Pihak kami akan menjemput anda di Lapangan Terbang Jakarta.

Anda akan terbang ke Bandung melalui penerbangan KLM.Makanan untuk muslim disediakan.Luggage
lebih kurang 23 kgs.Anda bertolak lebih kurang pukul 5.05 petang waktu Malaysia dan sampai 6.10 petang waktu Bandung

  • Lawatan sekitar Jakarta dan Bandung

Bandar Kota Jakarta


Pemandangan di kota Bandung. Ramainya orang tapi udaranya nyaman.


  • Check in di hotel Marciella Bandung

Di lobby hotel Marciella.

Hari Kedua
  • Lawatan ke Tangkuban Perahu (sudah termasuk tiket kemasukan)

    Permandangan di Tangkuban Perahu amat menakjubkan
  • Makan tenghari di Kampung Daun (Perbelanjaan Sendiri)

Di Kampung Daun anda bolih menjamu selera secara santai.Kalau nak tidur pun bolih bantal disediakan.

  • Membeli belah di Factory Outlet Dago

Permandangan di Dago factory outlet

Hari Ketiga
  • Membeli belah di Pasar Baru dan sekitarnya

Membeli belah di Pasar Baru
Hari keempat
  • Free and easy
Bagi sesiapa yang tidak sempat membeli belah atau terlupa membeli sesuatu barang bolehlah menggunakkan Angkutan kota untuk pergi ke Pasar Baru semula dengan perbelanjaan sendiri.Ataupun pergi ke mana mana tempat yang ingin dilawati seperti Trans Studio, factory outlet,berjalan di tempat yang berhampiran,mengunjungi spa atau berehat saja di hotel.
Hari kelima
  • Beli ole ole di Kartika Sari dan Bali Heaven
  • Brownies yang bolih di dapati di Kartika Sari

    Shopping terakhir di Bali Heaven
  • Hantar pulang Ke Lapangan Terbang Jakarta.

Tempat makan bolih pilih sendiri mengikut selera anda.

Salah satu tempat makan yang bolih dikatakan murah dan sedap.

 Berminat sila hubungi : 0125892188 (AZLAN)
                                    0164082835 (NORHATIFAH)
atau email                   : azlanbandung@gmail.com

Wednesday 7 November 2012

TIP MELANCONG KE BANDUNG INDONESIA

 

 Bandung, Indonesia boleh menjadi kesukaan ramai kerana terdapatnya tarikan seperti:-

Pelancongan keTasik kawah gunung berapi. Ada 3 buah tasik yang menjadi tarikan pelancong, iaitu Tangkuban Perahu, Kawah Ratu dan Kawah Domas yang terletak di puncak gunung. Hanya Kawah Domas yang gunung berapinya masih hidup, jadi air di tasiknya panas sehingga boleh merebus telur, boleh juga merendam kaki.

Sementara Tangkuban Perahu dan Kawah Ratu gunung berapinya sudah mati dan air tasiknya sejuk saja. Pemandangan dari puncak gunung di sini sungguh indah dan pemanduan ke tasik ini melegakan dengan jalan bukit yang di banjari hutan yang nyaman..
  • Cuaca di puncak gunung ini sejuk, jadi jangan lupa membawa baju tebal supaya tidak kesejukan pula.
  • Ramai penjaja jalanan akan datang untuk menjual barangan mereka seperti kraftangan. Katakan saja tidak dan mereka tidak akan mengganggu anda dengan begitu rapat lagi.
  • Cuba elakkan pergi pada hujung minggu kerana orang terlalu ramai, sebaliknya pergi pada hari biasa kerana pelawatnya agak berkurangan walaupun tempat ini sentiasa dikunjungi orang.
Dago atau Jalan Dago adalah kawasan membeli-belah factory outlet kegemaran pelancong yang menjual barang-barang yang berjenama seperti Ralph Lauren, Burberry, Gucci, Hermes, Channel dan Armani dengan harga yang rendah. Kebiasaannya ada sedikit kecacatan kecil pada barangan ini.

Rumah Mode adalah gedung factory outlet yang paling besar di sini. Gedung ini patut dilawati walaupun hanya untuk window shopping kerana ia sebuah gedung yang indah dan mewah dengan suasana yang sungguh nyaman.

Donatello Shoe House pula mempunyai kasut yang pelbagai jenis yang sungguh popular di kalangan peminat kasut. Ia mempunyai koleksi terbaik untuk kasut pump dan kasut bertumit rendah.

Pasar Baru ialah tempat jualan kain-kain yang terbesar. Pelancong selalu melawat tingkat 8 jika mencari kain tenun, kain bermanik, kain untuk kebaya atau baju kurung atau untuk majlis perkahwinan dan pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi. Terdapat pilihan yang sungguh luas.

Toko Tas yang terletak di Jalan Riau adalah tempat yang bagus untuk para penggemar beg dan kasut. Terdapat pelbagai pilihan yang menarik di sini.

Makanan yang menjadi pilihan pelancong pula ialah;
  • Warung Pasta- di sini terdapat lebih dari 50 jenis hidangan pasta seperti lasagna, pizza dan me. Ada banyak keju pada pastanya malahan harganya pun murah.
  • Kartika Sari Bakeri- terkenal dengan kek lapis, brownies dan kek keju. Mereka juga ada membuat penghantaran ke hotel-hotel.
  • Nasi Padang Simpang Raya- menyediakan pelbagai jenis masakan yang enak dan bersih dalam persekitaran yang lapang. Makanan ringan yang terkenal di sini adalah pisang molen dan jus avokado. Sekali makan bayarannya adalah dalam lingkungan RM15.
Tip-tip berguna:
  • Berhati-hati dengan penyeluk saku terutamanya di kawasan Pasar Baru.
  • Untuk perjalanan yang selesa dan menyenangkan sewa sebuah kereta lengkap dengan pemandunya sekali.
  • Jangan lupa tawar-menawar. Harga untuk pelancong biasanya lebih mahal berbanding harga untuk penduduk tempatan, jadi tawar harga sebelum membuat bayaran.
  • Jangan pakai baju yang terlalu mendedahkan badan kerana penduduk tempatan akan memandang dengan pandangan yang kurang selesa.
  • Jika menggunakan teksi pastikan guna meter, jika tidak menggunakan meter jangan naik kerana teksi akan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk pelancong.

Sunday 4 November 2012

PAKEJ BANDUNG ISTIMEWA & MURAH 4 HARI 3 MALAM


Dengan hanya RM350 seorang anda bolih pergi melancong ke Bandung, Indonesia melalui pakej tawaran istimewa kami.Pakej ini merangkumi penginapan di hotel selama 4 hari 3 malam,pengangkutan beserta pemandu/pemandu pelancong,tiket kemasukan ke Tangkuban Perahu dan juga sarapan pagi  dihotel.Pakej ini tidak termasuk tambang kapalterbang dan airport tax.Pakej ini berjalan setiap hari dengan syarat minimum ada 4 orang.

Berikut secara ringkasnya diberikan itenary untuk pakej tersebut:-

                                              Hari Pertama
  •  kami akan menyambut anda di lapangan terbang Bandung

  •  Makan tengahari di Simpang Raya (Perbelanjaan sendiri (PS))

    Makan beramai ramai di Simpang Raya
  •  Melawat sekitar bandar Bandung.

  • Shopping di Dago Factory Outlet

    Salah satu factory outlet di Dago
  •  Makan malam di Dago Hill (PS)

  • Pulang ke Hotel

Di Lobby Marvella Hotel
                                                Hari Kedua
  • Melawat Gunung Berapi Tangkuban Perahu

  • Perjalanan ke Ciater (Kolam Air Panas)

  • Perjalanan ke Lembang

  • Makan Tengahhari di Kampung Daun (PS)

  • Shopping di Setiabudi FO (Rumah Moda)


  • Shopping di Cihampelas

Jalan jalan di Cihampelas menjamu mata


  • Makan malam di Rumah Ikan/D Cost (PS)


                                              Hari ketiga
  • Shopping di Pasar Baru

Salah satu kedai di Pasar Baru

  • Makan Tengahari di Pasar baru food court (PS)

Tempat menjamu selera di Pasar Baru Food Court

  • Lawatan ke Rumah Tas (Barangan Kulit), Toko3 (Jeans)





  • Shopping ke Riau Factory Outlet.


  • Makan Malam di Karamba (PS)
Antara menu yang terdapat di Karamba

                                        Hari keempat
  • Singgah beli ole ole di Kartika Sari.terdapat berbagai jenis kek seperti kek lapis dan sebagainya.


  • Shopping terakhir di Bali Heaven


  • Makan Tengahari di Bali Heaven(PS)

Pilih saja apa yang hendak makan sebelum pulang.

  • Penghantaran pulang ke Lapangan terbang Bandung.

Barangkat Pulang dari Airport Bandung ke Kuala Lumpur
* (Tempat makan juga bolih pilih sendiri)


Sesiapa yang berminat dan ingin membuat tempahan sila hubungi:-
                 
         H/P: 0125892188 (AZLAN AHMAD)
               :  0164082835 (NORHATIFAH ZAHAR)
         Email: azlanbandung@gmail.com